Saturday, 27 January 2018

Pengguna Akaun Palsu Tiada Masa Depan - Jailani

SHARE


Penggunaan akaun palsu di laman sosial terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14(PRU14) hanya dilakukan oleh individu yang tidak mempunyai masa depan.

Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato' Sri Jailani Johari berkata, tindakan yang dilakukan oleh individu terbabit hanya untuk menimbulkan kekecohan di laman sosial dengan menaburkan fitnah atau berita palsu kepada para pemimpin.

"Kalau dia betul-betul berani,dia tidak akan menggunakan  akaun palsu .. biasalah setiap kali pilihanraya akan wujud benda-benda begini kerana dia cuba mengeruhkan keadaan atau pun mencetuskan satu situasi yang boleh membawa satu perkara yang cuba dielakkan.

"Jika ada pihak di luar sana yang mendapati atau pun melihat mana-mana akaun palsu yang wujud.. cuba mencetuskan perkara yang tidak elok terutama menghina pemimpin dan sebagainya...buat laporan dan kita akan ambil tindakan dibawah akta yang sedia ada,"katanya kepada pemberita selepas program ziarah kasih di Kampung Kubang Palas, Kuala Telemong, Hulu Terengganu, semalam.

Tambah Jailani lagi, pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan pihak polis mengesan kumpulan atau individu yang melakukan perbuatan itu termasuk pemantauan sepanjang masa dan bukan semasa pilihanraya sahaja.

"Jika individu yang menggunakan akaun palsu berkenaan dapat dikesan, tindakan mengikut seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 boleh dikenakan terhadapnya,"katanya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: