Sunday, 28 January 2018

MBNT Sasar Belia Cemerlang Melalui Perlaksanaan Program

SHARE


Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) sidang 2018-2021 akan terus menggerakkan pelbagai program untuk belia seiring dengan hasrat kepimpinan negeri.

Pengerusinya, Amirullah Othman, berkata dengan adanya program yang akan diaturkan nanti MBNT akan melahirkan lebih ramai belia yang cemerlang.

"Kami juga akan menyokong apa jua program yang dijalankan oleh kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk melihat kelangsungan belia dan beliawanis di pacu ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

"Insya Allah di bawah kepimpinan baru MBNT untuk 2018-2021 ini, kami akan terus menggalakkan dan mendorong pertubuhan belia supaya memainkan peranan yang positif dan berkesan kepada masyarakat dan negara.

"MBNT juga akan terus merangsang dan mewujudkan perhubungan, kerjasama, persefahaman dan persahabatan antara pertubuhan belia," katanya yang baru dipilih sebagai pengerusi MBNT dalam pemilihan majlis itu yang diadakan semalam.

Amirullah berkata, bagi menghadapi PRU 14, MBNT akan menzahirkan dan memainkan peranan penting menyokong bagi memastikan kepimpinan Kerajaan Negeri akan terus kekal menerajui Negeri Terengganu.

Dalam pada itu, Amirullah berkata beliau bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh belia di negeri ini untuk menerajui MBNT.

"Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya saya dipilih menjadi untuk mengemudi pimpinan Majlis Belia Negeri Terengganu...tanggungjawab yang diamanahkan ini akan saya jalankan dengan sebaik mungkin.

"Terima kasih yang tidak terhingga kepada Y.A.B Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu, Pengerusi Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu. Dato' Rozi Mamat.

"Juga terima kasih saya kepada rakan -rakan dari MAYC Negeri Terengganu, badan-badan gabungan dalam MBNT, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Pendaftar Pertubuhan Belia (Roy)  serta semua sahabat yang menyokong dan memberikan kepercayaan kepada saya untuk mentadbir urus MBNT bagi penggal 2018-2021," katanya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: