Thursday, 25 January 2018

MB Lancar Tabung Amanah Kawat

SHARE
Ahmad Razif bersama para pengamal media yang mengenakan tema 'Back To School'  pada Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Bantuan Persekolahan di Hotel Permai, Kuala Terengganu, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim

Tabung Amanah Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) dilancarkan secara rasmi malam tadi,  sempena Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Bantuan Persekolahan kepada Pengamal Media Terengganu di Permai Hotel, Kuala Terengganu.

 Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman melancarkan tabung yang bertujuan menjaga kebajikan para pengamal media di Terengganu sekiranya ditimpa sebarang musibah sama ada kematian, kemalangan dan bencana.

Sebelum itu, Ahmad Razif dalam ucapannya berkata peranan media sangat besar dalam menyampaikan berita-berita benar kepada orang awam dan membentuk pemikiran rakyat serta mempengaruhi suasana politik, pembangunan fizikal mahupun ekonomi negeri.


"Cabaran yang dihadapi kini amat besar dengan pelbagai tohmahan dilemparkan kepada pemimpin-pemimpin.

"Media perlu memainkan peranan untuk menangkis cerita-cerita tersebut agar rakyat tahu perihal yang sebenar," katanya ketika berucap dalam majlis tersebut.

Dalam majlis tersebut juga, Ahmad Razif turut menyumbangkan RM50,000 kepada Kawat untuk menguruskan kelab itu.

Majlis yang bertemakan 'Back To School' semalam dimeriahkan dengan gelagat spontan dan bersahaja hampir 200 pengamal media dari pelbagai agensi di Terengganu yang berpakaian di alam sekolah .
SHARE

Author: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*Unit Komunikasi Terengganu (Ukom)
*Kuala Terengganu
*Journalist

0 komen: