Friday, 5 January 2018

Mangsa Banjir Bertambah Kepada 2,159 Orang

SHARE


Pertembungan air pasang besar dengan air sungai di Kuala Kemaman malam tadi, menyebabkan jumlah mangsa banjir di daerah itu makin bertambah.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata, walaupun hujan lebat sudah lama berhenti, kesan daripada pengumpulan hujan lebat di kawasan pedalaman hulu itu menyebabkan aliran sungai ke Kuala Kemaman ke laut terhalang akibat  air pasang besar malam tadi.

Katanya, fenomena itu menyebabkan banyak kawasan rendah di Chukai mula dinaiki air pada awal pagi tadi.

"Jumlah mangsa banjir adalah 2,159 orang daripada 541 keluarga di dua daerah iaitu Kemaman dan Dungun setakat 8 pagi ini berbanding 1,364 orang daripada 340 keluarga malam tadi.

"Terdapat 17 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) beroperasi di Terengganu ketika ini," katanya.


Daerah Kemaman yang paling teruk terjejas sebelum ini terus merekodkan peningkatan mangsa kepada 1,953 orang daripada 464 keluarga di 15 PPS berbanding 1,158 mangsa (263 keluarga di 13 PPS) manakala di Dungun, jumlah mangsa kekal tidak berubah iaitu 206 mangsa (77 keluarga) masih berada di dua PPS.

Manakala Masjid Haji Wan Muda, Kampung Bukit Mentok, Kemaman adalah antara masjid yang dinaiki air banjir.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok pula turut merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 627 orang daripada 131 keluarga berbanding 473 orang (100 keluarga) malam tadi.

Pertambahan mangsa turut berlaku di SK Binjai (84 orang daripada 17 keluarga) dan SK Chukai (159 orang daripada  40 keluarga).

Dua PPS yang baharu dibuka di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman menempatkan 286 orang (79 keluarga) dan SK Seri Iman 195 orang (51 keluarga).

PPS lain pula kekal tidak berubah iaitu Surau Pulau Tempurung menempatkan 105 orang  (18 keluarga), Masjid Kampung Batu 14  13 orang (4 keluarga), Masjid Kampung Batu 16 Tebak (50 orang daripada 14 keluarga) Dewan Sivik Felda Seberang Tayor (226 orang daripada 60 keluarga), Dewan Orang Ramai Teladas terdapat 23 orang (empat keluarga) dan Surau Haji Othman di Kampung Seberang Tayor Hulu (59 orang daripada 17 keluarga).


Jumlah mangsa juga kekal di Bangunan Pusat Pemindahan Lubuk Megat (23 orang - empat keluarga), Surau Kampung Ban Ho di Air Putih (26 orang - lima keluarga), Kampung Pasir Gajah (12 orang - empat keluarga) dan Dewan Orang Ramai Batu 14 (65 orang - 16 keluarga).

Di Dungun, jumlah mangsa banjir kekal tidak berubah di mana PPS Dewan Orang Ramai Kampung Shukor menempatkan 175 orang (61 keluarga) manakala di Dewan Orang Ramai Pasir Raja masih menempatkan 77 orang (31 keluarga).

-- BERNAMA
SHARE

Author: verified_user

0 komen: