Wednesday, 17 January 2018

Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Lebih Selamat

SHARE
Samiun ditemani pegawai-pegawainya melawat laluan pejalan kaki berbumbung di Kampung Daik, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Mohd Syazni Zainudin.

Laluan pejalan kaki berbumbung di Jalan Kampung Daik, Kuala Terengganu siap dibaik pulih dengan keadaan lebih kukuh dan selamat kepada pengguna.

Datuk Bandar Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MBKT), Samiun Salleh berkata, pihaknya hanya mengambil masa 15 hari dengan kos RM6,000 untuk menyelesaikan masalah tiang dan bumbung pada struktur binaan tersebut.

Katanya, selepas mengalami kerosakan dan bumbung yang jatuh akibat angin kencang serta hujan lebat pada 1 Januari lalu, siasatan segeradilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Arahan daripada Menteri Besar telah dikeluarkan untuk menyelesaikan permasalahan ini dalam tempoh sebulan. Tapi dalam tempoh 15 hari, kita sudah menyelesaikan kesemuanya.

"Setelah perkara ini berlaku pada 1 Januari lalu, kita telah melantik Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membuat siasatan dari segi forensik menyiasat kejadian ini dan punca utama kepada runtuhan adalah laluan angin yang terlalu laju pada hari kejadian.

"Dari segi fizikalnya apabila penambahbaikan dari segi pencahayaan iaitu kita menyediakan lampu elektrik ke laluan pejalan kaki, kita menebuk tiang yang ada di situ dan selepas itu lubangnya tidak ditutup menyebabkan ia berkarat," katanya.


Beliau ditemui pemberita dalam sidang media  Laluan Pejalan Kaki Berbumbung di Kampung Daik, Kuala Terengganu hari ini.

Tambahnya, buat masa sekarang tumpuan diberikan kepada laluan pejalan kaki itu dan kemudian pihak MBKT akan memantau struktur-struktur lain yang berisiko kepada orang awam.

Samiun berkata, bagi laluan pejalan kaki tersebut, penyelesaian yang dibuat sekarang adalah melalui jabatan.

"Yang pertama kita menambahkan tiang-tiang sokongan yang ada dan kedua tiang yang ada di depan itu kita tambahkan lagi ketebalan lebih kepada 5 milimeter," katanya.
SHARE

Author: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*Unit Komunikasi Terengganu (Ukom)
*Kuala Terengganu
*Journalist

0 komen: