Tuesday, 30 January 2018

Kobert Taja UKOM FC

SHARE
Faeez bersama pasukan futsal Ukom FC sebelum perlawanan menentang PLAN Malaysia Projek Timur bermula. 

Pasukan futsal Unit Komunikasi Negeri (UKOM FC) menerima tajaan jersi daripada pengeluar rasmi jersi bagi Terengganu FC, Kobert.

Pengarah Urusan Kobertbell Marketing (M) Sdn Bhd, Faeez Asry Yusof berkata, penajaan tersebut sebagai memberi semangat kepada kepada jabatan-jabatan dan agensi kerajaan yang bergiat aktif dalam pelbagai bidang sukan terutama bola sepak serta futsal.


Katanya, selain sibuk dalam tugasan harian, mereka juga haruslah beriadah supaya lebih cergas dan cerdas, selain memupuk semangat berpasukan dan gaya hidup sihat.

"Apa yang dilakukan oleh Ukom FC haruslah diberi pujian. Walaupun mereka sering sibuk dalam tugasan harian, namun aktiviti beriadah tidak ditinggalkan untuk terus cergas," katanya kepada Teganukita.


Penyampaian tersebut dilakukan oleh Faeez sebelum perlawanan persahabatan antara UKOM FC menentang PLAN Malaysia Pejabat Projek Zon Timur di Gelanggang Futsal Durian Burung, Kuala Terengganu, malam tadi.

Dalam perlawanan tersebut, saingan sengit antara Ukom FC dan pihak lawan berakhir dengan seri 6-6.

SHARE

Author: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*Unit Komunikasi Terengganu (Ukom)
*Kuala Terengganu
*Journalist

0 komen: