Thursday, 18 January 2018

Kerajaan Negeri Terima RM6.8 Juta Dari TNB

SHARE
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menerima cek daripada Pengurus Besar Kanan TNB, Mohamad Nor. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim.

Kerajaan negeri menerima RM6.8 juta daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai bayaran bagi mendapatkan hak milik kekal enam lot tanah di Hulu Terengganu bagi pembinaan Empangan Tembat.

Cek tersebut disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan TNB, Mohamad Nor kepada Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di Wisma Darul Iman, semalam.

Penyerahan tersebut turut disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam; Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir. Rosli Othman dan Pengurus Besar TNB Negeri Terengganu, Mohd Nazri Puteh.

Empangan yang terletak 429 meter dari paras laut dan dibangunkan menggunakan teknologi Jerman dan Switzerland dengan konsep empangan lencongan tersebut telah siap dibina pada 2016.

Selain penjanaan tenaga, tasik yang terbentuk oleh pembinaan empangan itu juga berperanan sebagai sistem pencegahan banjir dengan mengumpul air tambahan ketika musim hujan yang lebat.
SHARE

Author: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*Unit Komunikasi Terengganu (Ukom)
*Kuala Terengganu
*Journalist

0 komen: