Monday, 22 January 2018

Kemaman Kekal Jadi Kubu UMNO

SHARE

Ribut dalam cawan yang melanda Kemaman, Terengganu beberapa tahun yang lepas cuba diambil kesempatan oleh beberapa pihak. Mungkin mereka lupa bahawa ribut dalam cawan tersebut telah menjadikan air tersebut semakin mesra dan akrab.
Pembangkang dilihat cuba memanaskan keadaan di Kemaman menjelang pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang bakal berlangsung bila-bila masa saja lagi. Semalam, portal pro pembangkang cuba meniup angin kesangsian ke dalam kancah politik Negeri Terengganu yang dilihat semakin mengukuh dan stabil. Mereka membuat berbagai andaian dan tuduhan tidak berasas berkenaan negeri tersebut dengan harapan ianya akan menganggu suhu politik Terengganu.
Dalam masa yang sama mereka cuba menutup bagaimana pakatan harapan diketuai DAP telah menghancurkan Selangor dan Pulau Pinang. Kedua-dua negeri tersebut yang pada mulanya merupakan antara negeri termaju di Malaysia bertukar menjadi antara negeri yang menanggung hutang yang tinggi. Selangor dan Pulau Pinang juga kini menjadi negeri yang penuh dengan masalah banjir kilat, rasuah, salah guna kuasa dan lain-lain lagi.
Datuk Seri Ahmad Said yang sinonim dengan Kemaman telah menegaskan beberapa bulan yang lalu bahawa beliau mahu melupakan semua sejarah silam dalam kerjaya politiknya dan menyeru semua pihak tidak mengungkit cerita lama.
Ketua UMNO Bahagian Kemaman itu, berkata beliau juga tidak menyimpan dendam kepada sesiapa dan berikrar terus setia dengan UMNO, walaupun mengakui didatangi pelbagai tawaran menarik daripada pembangkang yang mahu memancing sokongannya.
Ahmad Said yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal berkata, yang lebih penting sekarang ialah persediaan untuk menghadapi PRU14 yang disifatkan sebagai penentu hidup mati UMNO.

Malah Ahmad Said berkata, beliau menghormati rakan seperjuangannya Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan enggan lagi menyebut perkara yang sudah berlaku.
Apabila Ahmad Said telah berikrar setia bersama UMNO maka suhu politik Kemaman kini berada dalam keadaan yang sangat stabil. Oleh itu, Kemaman masih lagi kubu kuat UMNO. Namun seperti biasa pembangkang tetap akan menyebarkan khabar-khabar angin yang tidak berasas.

-PRU14.TV
SHARE

Author: verified_user

0 komen: