Monday, 22 January 2018

GPMS Terengganu Perkasakan Tulisan Jawi Melalui Minit Mesyuarat

SHARE


Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)Negeri Terengganu berjaya memperkasakan penggunaan tulisan jawi melalui minit mesyuarat supaya selari dengan negeri anjung ilmu dan Transformasi Terengganu Baharu (TTB).

Pengerusinya Tengku Haphiz Tengku Putera berkata, sudah tiba masanya generasi muda bertindak dan secara realitinya ialah, tulisan jawi ini mesti diperkasakan dan dihidupkan kembali.

Jelasnya lagi,sebahagian besar generasi hari ini boleh dikatakan sudah buta jawi dan yang boleh membacanya pula secara merangkak-rangkak dan terpaksa dibantu oleh mereka yang mahir.

"Bagaimana kaedahnya...kita semualah yang perlu memikirkannya kerana kalau kita tidak memulakannya maka kepada siapa yang mahu kita harapkan?.

“Sebab itu,pihak GPMS telah mulakan semula walaupun sudah terlewat, tetapi sekurang-kurangnya mereka (orang muda) boleh baca serta faham apabila kita gunakannya dalam minit mesyuarat.

"Pada mulanya agak sukar juga untuk diterima dan difahami tetapi kami garapkan dalam jati diri ahli jawatankuasa bahawa ini adalah identiti jati diri Melayu, tanpa jawi tiada Melayu .Alhamdulillah ianya diterima baik sehingga sekarang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Berang,hari ini.


Sehubungan itu juga,Tengku Haphiz mahu kerajaan melihat semula perkara itu supaya secara tidak langsung dapat mendidik anak muda mengenali tulisan jawi.

“Jangan pisahkan Melayu dengan jawi dan kita perlu bertindak segera kerana jawi adalah identiti sebenar Melayu. Sepanjang pemerhatian saya banyak papan tanda terutama di pusat rekreasi diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sahaja.

"Ini adalah khazanah melayu lama,kalau kita orang muda tidak cuba perkasakannya...siapa lagi yang tinggal untuk menjaga peninggalan nenek moyang yang terdahulu,"kata Tengku Haphiz.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: