Saturday, 27 January 2018

Elak Kongsi Kemewahan Di Laman Sosial - Jailani

SHARE
Jailani beramah mesra dengan salah seorang peserta Mini Karnival Usahawan di bawah Pusat Internet 1 Malaysia di Kuala Berang,hari ini


Jadikan data peribadi sebagai komoditi berharga dan jangan sewenangnya berkongsi di laman sosial bagi mengelakkan berlakunya perkara tidak diingini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Sri Jailani Johari berkata,  amalan berkongsi data peribadi, kemewahan dan pelbagai sambutan keraian seperti hari lahir boleh mengundang berlakunya jenayah siber dan mengancam nyawa.

Jelasnya lagi, setiap pengguna perlu ada batasan untuk berkongsi dan mendedahkan apa sahaja maklumat diri dan keluarga untuk keselamatan bersama.

"Mungkin kita hanya berniat nak berkongsi...katakanlah ingin berkongsi gambar hari jadi kita, sambutan dalam keluarga kita tapi kita tayangkan dalam instagram atau Facebook..jadi orang boleh kenal pasti siapa dalam rumah dan implikasinya kita tak pasti.

"Mungkin niat setengah pihak cuma nak mempromosi perniagaan atau berkongsi aktiviti seharian tapi lain jadinya seperti kes semalam, nyawa hampir hilang kerana gemar berkongsi di Facebook, "katanya selepas merasmikan Mini  Karnival Usahawan Desa Di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang hari ini.

Jailani berkata demikian ketika diminta mengulas kes seorang peniaga dalam talian yang cedera parah akibat ditembak sekumpulan perompak di pejabatnya di Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan, semalam.

Mangsa dikatakan aktif membuat sidang video langsung di Facebook bagi jualan kosmetik, barangan kemas dan pakaian yang dijalankan secara atas atas talian.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: