Tuesday, 30 January 2018

Bas Amfibia Selamat Tiba

SHARE


Bas Amphibia atau bas dua alam yang dibeli oleh Kerajaan Negeri Terengganu dikatakan telah dihantar dan sudah berada di Malaysia.
Sebelum ini Bas Amfibia itu menjadi tajuk panas di semua dada akhbar dalam negara akibat masalah  kelewatan sampai ke Terengganu, tidak sepertimana yang dijanjikan pembekal.
Malah, isu  kelewatan itu juga dijadikan antara modal di kalangan pemimpin pembangkang untuk `menghentam' Kerajaan Terengganu kononnya sebagai  perjuangan  mereka.
Difahamkan kelewatan bas itu dihantar disebabkan keputusan kerajaan negeri yang mahu amphicoach itu diterima dengan mematuhi sepenuhnya spesifikasi ditetapkan selain masalah transit dan masalah persijilan yang turut memakan masa kerana bergantung sepenuhnya dengan keadaan cuaca di Malta.
Mengikut perjanjian terbaharu, Terengganu sepatutnya menerima bas berkenaan pada Jun lalu selepas beberapa kali tertangguh sejak 2015, namun sekali lagi ia gagal dipatuhi pihak pembekal.



Pada masa yang sama, sudah banyak kali penerangan dan penjelasan dibuat namun, pembangkang dilihat degil dan tidak dapat menerima hakikat bahawa Kerajaan Terengganu akan memastikan bas tersebut tiba ke negeri untuk ‘berkhidmat’ dengan keupayaan dan keistimewaannya.
Sebelum ini pada November lalu, kerajaan negeri sudah memberi kata dua kepada pembekal bas amfibia berkenaan sama ada menghantarnya ke Terengganu selewatnya hujung tahun lalu atau bakal berdepan tindakan saman.
Keputusan tegas itu dibuat Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman setelah pihak pembekal beberapa kali gagal mematuhi tempoh penangguhan yang dibuat sebelum ini.

-Terengganu.news


SHARE

Author: verified_user

0 komen: