Saturday, 27 January 2018

Amirullah Terpilih Pengerusi MBNT Yang Baharu Sesi 2018/2021

SHARE

Pengerusi Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Terengganu, Amirullah Othman dipilih sebagai Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) yang baharu bagi penggal 2018/2021 pada Mesyuarat Agung MBNT Kali Ke-15 di Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu hari ini.

Amirullah yang juga kakitangan Unit Komunikasi Negeri Terengganu menewaskan Pengerusi Belia 4B Terengganu, Muhammad Rosdi Mat Zin dengan majoriti 25 undi dalam pertandingan dua penjuru pada pemilihan jawatankuasa badan itu dan menggantikan penyandang, Zaidi Muda yang melepasi had umur.


Manakala Timbalan Pengerusi pula disandang oleh Shahrul Azwan Mohamad @ Endut (Pengakap).

Naib Pengerusi 1 pula dimenangi Presiden  Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera, diikuti Naib Pengerusi 2, Mohd Khairil Sabri (Majlis Belia Felda Wilayah Timur), manakala Nor Aishah Hamdan dari Persatuan Pandu Puteri Negeri dipilih sebagai Naib Pengerusi 3 dan Low Jeng Haur dari Pergerakan Pemuda Malaysia Negeri Terengganu pula dilantik Naib Pengerusi 4.

Manakala Setiausaha, Mohd Izham Ahmad (GPMS) dan Bendahari, Mohd Syahmi Ghazali (MAYC).

Sementara ahli jawatankuasa pula dibarisi Muhammad Muzzammil Mokhtar, Noraini Salleh, Syahrul Mizan Salleh, Siti Norasmaliana Mohd, Muhammad Amirudin Ali Sabdi, Mohd Razali Ismail, Tuan Hazirul Tuan Mat, Rozita Razali, Khalid Muhamad, Zulkifli Abu Bakar , Mukhri Mamat, Ahmat Yazid Maliki dan Wan Mazulki Wan Jusoh

Pemeriksa Kira-kira 1, Ahmad Zol Husni  Ab Halim (Belia 4B) dan Pemeriksa Kira-kira 2 pula Nor Ayuni Diyana Mohd Amin (MAYC).

Seramai 181 perwakilan hadir di persidangan yang menghimpunkan 18 badan gabungan belia seluruh Terengganu itu.

Turut hadir merasmikan persidangan, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.

Persidangan yang bermula dari jam 10 pagi dan berakhir sesi pengundian serta keputusan kira-kira jam 6 petang itu berlangsung dalam suasana baik dan berjalan lancar.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: