Tuesday, 23 January 2018

60 Petugas Media Hadir Taklimat Pilihan Raya

SHARE
Nik Andy bersama petugas media sesi Taklimat Kepada Petugas Media . Foto ihsan Jabatan Penerangan Negeri Terengganu
Terengganu menjadi lokasi pertama yang dipilih  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  Malaysia menganjurkan Taklimat Kepada Petugas Media sempena Pilihan Raya Umum ke-14 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Kira-kira 60 petugas media pelbagai agensi termasuk wartawan, jurufoto dan juru kamera  dari Unit Komunikasi Negeri Terengganu hadir pada sesi taklimat yang dimulakan kira-kira jam 9 pagi dan berakhir 1 petang di Auditorium Kompleks Seri  Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Mereka yang hadir  diberi penerangan secara terperinci oleh  dua pegawai dari Akademi SPR Putrajaya iaitu Pendaftar, Nik Aminudin Nik Shahar Shah dan Penolong Pengarah (Pendidikan Pengundi)  Abdul Fatah Mohd Pilus.

Penerangan itu berkaitan undang-undang dan peraturan pilihan raya, apa yang perlu media tahu, peranan dan tanggungjawab media dan etika ketika berada di kawasan liputan.

 Hadir merasmikan taklimat, Pengarah SPR Negeri Terengganu, Nik Andy Suwardy Amry.
Pengamal media turut diberi peluang menjadi petugas  dan pengundi seperti suasana  di pusat mengundi sewaktu pilihan raya umum sebenar.

Wartawan Harakah, Khairul Azlam Mohamad, berkata dia boleh mengetahui secara tepat dan jelas mengenai peranan dan tanggungjawab media sewaktu pilihan raya nanti.




“Pada masa sama lebih memahami mengenai tanggungjawab petugas SPR di mana menjalankan tugas yang sangat teliti, telus dan beretika .

“Saya berharap taklimat seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi membolehkan petugas media mudah mendapatkan sumber maklumat dan  lebih faham tanggungjawab masing-masing,”katanya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: