Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

YDSM Kerah 250 Ahli Sudi Bantu Mangsa Banjir

Dato' Mohd Fadzli menyampaikan cenderahati sambil memberi kata-kata semangat kepada seorang peserta khatan. Foto oleh Zulkifli CW Putra

Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) mengerahkan Skuad Sukarelawan YDSM (Sudi) yang dianggotai 250 ahli bagi membantu mangsa banjir di seluruh Terengganu.

Sudi yang diwujudkan sejak 2015 dari kalangan pelajar universiti seluruh Terengganu memfokuskan kepada operasi pasca banjir dan membantu mengagihkan barangan keperluan seperti selimut dan makanan kepada mangsa banjir.

Ahli Lembaga Pengarah YDSM, Dato' Mohd Fadzli Yusof berkata, pada kali ini sebanyak 500 bungkusan keperluan disediakan untuk diagihkan kepada ketua isi rumah mangsa banjir di pusat pemindahan banjir.


"Kita menunggu arahan pada bila-bila masa sahaja untuk digerakkan bersama agensi kerajaan dan sukarelawan lain untuk turun padang ke pusat pemindahan banjir.

"Pada kali ini YDSM menyediakan 500 bungkusan barang keperluan termasuk makanan ringan dan kering serta selimut untuk kegunaan mangsa banjir,"katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Khatan Perdana meraikan 70 kanak-kanak dari golongan miskin sekitar Kuala Terengganu, bertempat di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Perniagaan BSN Cawangan Terengganu, Mohammad Khasnieddy Khasimi.

Majlis tahunan itu anjuran YDSM, Bank Simpanan Nasional dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.


Menurut Fadzli berkata, pada tahun lalu, sebanyak 2,000 bungkusan barangan keperluan disediakan kepada ketua isi rumah mangsa banjir yang berjaya diagihkan di kebanyakan pusat pemindahan banjir seluruh Terengganu.

Katanya lagi, Sudi juga menyediakan khidmat kaunseling kepada mangsa banjir terutama mereka yang berdepan banjir teruk dan mengakibatkan kehilangan harta benda serta ahli keluarga.

"Kita bukan sahaja mengerahkan sukarelawan membantu operasi pasca banjir melibatkan kerja pemulihan selepas bencana itu, malah khidmat kaunselor juga disediakan kepada mangsa-mangsa yang perlu menjalani sesi kaunseling," katanya.



No comments: