Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Catat 2,475 Penduduk Terlibat Banjir Gelombang Pertama


Banjir gelombang pertama yang berlaku sepanjang sembilan hari, mulai  27 November hingga 5 Disember yang lalu melibatkan 2,475 orang  membabitkan  822 keluarga.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Leftenan Kolonel (PA), Che Adam A Rahman berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak 74 Pusat Pemindahan Sementara (PBS) dibuka.

Katanya, hampir semua daerah terlibat banjir kecuali Kemaman. PBS pertama dibuka kepada mangsa adalah di  Hulu Terengganu diikuti Besut, Setiu, Dungun, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

“Kemuncak banjir adalah pada 29 November lalu sehingga mencapai 2,475 mangsa permindahan  dan seterusnya menurun pada 30 November dan 1 Disember.

“Bagaimanapun pada 2 Disember jumlah  mangsa yang dipindahkan ke PBS kembali meningkat  iaitu melibatkan 1,446 orang  kepada 1,479 orang,”katanya.

Katanya, pada 3 dan 4 Disember, jumlah mangsa terus menurun disebabkan cuaca yang agak pulih seperti sediakala.

“Sehingga semalam (kelmarin), pusat pemindahan telah ditutup sepenuhnya,”katanya
.
Menurutnya, APM sentiasa bekerjasama dengan  Jabatan Meteorologi Malaysia dalam semua aspek termasuk berkaitan amaran di mana sekiranya keadaan bencana dilaporkan amaran kuning  menandakan penduduk perlu berwaspada.

“Apabila dinaikkan ke amaran jingga (cuaca buruk),  mangsa perlu bersedia untuk berpindah dan amaran merah menandakan paras air pada kedudukan bahaya,”katanya

Bilik Gerakan Bencana Negeri di Wisma Darul Iman masih diaktifkan dalam keadaan berjaga-jaga iaitu beroperasi dalam waktu pejabat.


Bagaimanapun, jika berlaku keadaan kritikal atau pemindahan, bilik gerakan bencana negeri ini akan diaktifkan semula dalam tempoh 24 jam.

No comments: