Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

T-Kitchen Sasar Pendapatan RM2.5 Juta

Dato' Seri Ahmad Razif bersama dengan wakil dari setiap agensi dan syarikat yang mendatangani MoU dalam majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Terengganu Kitchen Sdn Bhd (T-Kitchen) menyasarkan jumlah keseluruhan unjuran pendapatan pada tahun pertama 2018 adalah sebanyak RM2.5juta.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata melalui Memorandum Persefahaman (MoU) antara T-Kitchen dengan Brahim’s SATS Food Services Sdn Bhd (Brahim’s) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia(DPIM) Terengganu dapat memperluaskan lagi pasaran dua produk utama T-Kitchen.

Katanya, dianggarkan unjuran jualan sebanyak RM1.3juta melalui Brahim’s Food dan unjuran jualan sebanyak RM1.2juta melalui DPIM.

"Kita juga melihat pada kemampuan fasiliti yang ada buat masa sekarang namun sekiranya ada keperluan atau permintaan yang tinggi maka kita tidak teragak-agak untuk menaik taraf fasiliti sedia ada.

"Kita mempunyai Chicken Cottage yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri dimana sekarang terdapat 162 cawangan di seluruh dunia. Jadi kita akan pasarkan nasi dagang dan keropok lekor ini berasaskan di setiap cawangan disamping itu dengan bantuan daripada pihak Brahim's," katanya.


Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Antara Terengganu Kitchen Sdn Bhd dan Brahim's SATS Food Services Sdn Bhd, Koperasi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (Terengganu) serta Yayasan Pembangunan Keluarga dan Brahim's SATS Food Services Sdn Bhd di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan barisan ahli mesyuarat kerajaan negeri.

Perjanjian-perjanjian tersebut ditandandatangani oleh Naib Presiden DPIMT, Dato' Dr Abdul Latiff Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak, Ketua Pegawai Operasi Brahim's, Mohd Zaki Omar dan Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga, Mohd Shafaruddin Mustaffa.


Dalam pada itu, Ahmad Razif yang juga pengerusi Terengganu Inc berkata pihaknya sekarang sedang melakukan penyelidikan untuk mengeluarkan produk baru di bawah T-Kitchen.

"Produk baru ini adalah termasuk makanan dan kuih tradisional dari Terengganu yang akan dijadikan sejuk beku seperti ikan celup tepung dan juga 'rojak kateh'.

"Kita mempunyai bahagian penyelidik di T-Kitchen itu sendiri jadi ianya masih dalam proses penyelidikan," katanya.

Sejak dipasarkan, lebih 50,000 pek nasi dagang dan keropok lekor sejuk beku keluaran T-Kitchen telah dipasarkan.

Produk tersebut kini boleh didapati di dua buah negara luar iaitu di Australia dan Singapura selain terdapat di Kuala Lumpur.

No comments: