Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Semakan Permohonan SBP Imtiaz YT Bermula 30 November ini


Semakan pusat ujian kemasukan ke tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan semakan kemasukan ke Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) bagi tahun 2018 boleh dibuat bagi menduduki ujian kelayakan.

Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, laman sesawang semakan permohonan ke SBP dan SM Imtiaz YT telah bermula 30 November hingga 15 Disember 2017 di https://ss1.moe.gov.my/spat1_m.../ujian_uksbp/semak_uksbp.cfm.

Katanya, manakala tarikh menduduki UKSBP adalah pada 11 hingga 14 Disember 2017 di 14 pusat ujian seluruh Terengganu. Semakan tawaran boleh dibuat pada 29 Disember 2017.

“Manakala calon yang tidak berjaya mendapat tawaran dan yang tidak berkesempatan memohon secara online, talian e-Rayuan bagi sistem permohonan online ini akan dibuka semula pada 29 Disember 2017 hingga 16 Januari 2018.

“Calon boleh memohon pada tempoh tersebut di pautan www.sst1.moe.gov.my,” katanya.

Menurutnya, calon yang bakal menduduki ujian UKSBP hendaklah berpakaian sopan.

Selain itu, semakan permohanan kemasukan ke SM Imtiaz YT Semakan boleh dilakukan di pautan https://my01.awfatech.com/imtiaz2/sps/edaftar/statusreg.php.

No comments: