Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Puteri UMNO Besut Anjur Program Di PPS

Idris menyuap pulut kuning kepada peserta bertindik Pada Program Bertindik Beramai-Ramai 

Pelbagai aktiviti berfaedah diadakan bagi menghilang rasa bosan mangsa banjir ketika berada di Pusat Pemindahan Sementara ( PPS) yang disediakan pihak berkuasa.

PPS Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2, Besut dimeriahkan dengan Program Bertindik Beramai-Ramai untuk kanak- kanak mangsa banjir di pusat itu.

Seramai 20 kanak-kanak perempuan menyertai program anjuran Puteri UMNO Bahagian Besut dengan kerjasama pejabat Kemas Daerah Besut, semalam.

Program itu bertambah meriah dengan kehadiran Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh, yang turut melakukan upacara menyuap pulut semangat kepada peserta terbabit.

Ketua Puteri UMNO  Besut, Erni Salwani Saidi berkata, pihaknya mengambil peluang menganjurkan program itu bagi memenuhi masa lapang mangsa banjir yang tinggal di PPS.

"Ia juga sebahagian daripada usaha mememenuhi aktiviti berfaedah bagi menghindarkan rasa bosan mangsa banjir sepanjang tempoh berada di situ.


"Selain itu kami juga nengadakan pertandingan mewarna dan ceramah motivasi kepada ibu bapa," katanya.

No comments: