Monday, 25 December 2017

Puteri Hasrat Lahir Pendebat Sebagai Jurucakap Di Akar Umbi - Mas Ermieyati

SHARE
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia,Datuk Wira Mas Ermieyati Shamsuddin bergambar bersama-sama jentera-jentera  IT Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu selepas melakukan penyerahan lap top.


Pergerakan Puteri UMNO Malaysia akan melahirkan  lebih ramai pendebat sebagai jurucakap bagi sayap termuda dalam parti di peringkat akar umbi itu, jelas Ketuanya, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.

Menurutnya,jurucakap ini akan menjadi kekuatan utama sebagai pendebat yang akan berhujah dengan pihak pembangkang bukan sahaja di media sosial malah secara berhadapan.

"Ini termasuklah mengadakan program penerangan yang berkala di peringkat bahagian dan saya mahu semua Puteri bahagian mencontohi apa yang dilakukan oleh Pergerakan Puteri Hulu Terengganu yang mencapai tahap tertinggi dalam usaha menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.

"JR Plus juga menjadi gerak kerja utama dan Puteri UMNO khususnya perlu memperhalusi gerak kerja dan penyatuan sesama mereka harus lebih erat," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Perjumpaan Jentera Pilihanraya Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Ketua Puteri UMNO Negeri, Erni Salwani Saidi dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Rozita Ismail.

Mas Ermieyati  berkata, gerakan untuk mengenalpasti mana-mana ahlinya yang layak mendaftar sebagai pemilih di seluruh negeri dan bahagian supaya segera membuat pendaftaran dan urusan ini diserahkan kepada Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk
Zahida Zarik Khan.

"Saya lihat ada berlaku peningkatan dan di Bahagian Hulu Terengganu telah ada peningkatan daftar pemilih dalam kalangan Puteri sebelum berakhirnya hari ini.

"Hari ini hari terakhir untuk mendaftar sebagai pemilih dan jumlah tersebut akan diumumkan apabila laporan berkenaan diserahkan kepada saya esok,"ujarnya lagi.

Beliau turut menyentuh tentang isu calon wanita muda dalam PRU14 dan berkata setakat ini beliau telah berjumpa dan memaklumkan hal ini kepada Pengerusi Badan Perhubungan Negeri untuk mencalonkan mereka yang layak.

"Saya berharap adanya calon wanita muda dari kalangan Puteri tetapi  tetap akan akur dengan keputusan peringkat tertinggi terutama Presiden UMNO, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan saya yakin beliau amat memahami aspirasi wanita,"katanya
SHARE

Author: verified_user

0 komen: