Thursday, 28 December 2017

Pelajar Cemerlang KKYT Lupakan Hasrat Ke Universiti

SHARE

Ghazali bersama bekas pelajar KKYT selepas Majlis Konvokesyen Kali ke 5 KKYT di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Foto Tengku Syamim Tengku Ismail

“Saya terpaksa  mengenepikan impian untuk menyambung pelajaran ke universiti awam berikutan kedua ibu bapa yang berniaga kecil-kecilan kurang sihat dan tidak berkemampuan.

“Biarpun mendapat tawaran temuduga dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), saya terpaksa melupakan hajat itu dan memilih untuk meneruskan pembelajaran di Kolej Kemahiran Yayasan Terengganu (KKYT),” kata penerima Anugerah Cemerlang  KKYT Maklumat Nurul Syafika Roslan.

Nurul Syafika yang memiliki Diploma Pentadbiran Sistem ditemui pemberita  selepas Majlis Konvokesyen Kali Ke- 5 KKYT, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Pelajar sama sebelum ini mendapat keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah  kemudiannya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad, Kuantan.

Nurul Syafika (kanan) bersama dua pelajar cemerlang lain. 
Hadir menyempurnakan majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib.

Turut hadir, Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim.

Dalam majlis itu, seramai 140 pelajar berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing.

Nurul Syafika memberitahu, banyak keistimewaan belajar  di KKYT kerana bukan sahaja mendapat potongan pinjaman 50 peratus, dia juga boleh melaksanakan tanggungjawab sebagai anak sekiranya ayah yang sakit buah pinggang  dan ibu menghidap angin medu memerlukan pertolongan.

“Jarak  antara asrama di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu dengan rumah di Paka, Dungun tidak jauh, mudah untuk  saya berulang-alik sekiranya ayah dan ibu memerlukan saya jika jatuh sakit.

“Saya mahu  mahu melanjutkan pelajar ke peringkat lebih tinggi, bagaimanapun  buat masa sekarang memilih untuk menolong ayah dan ibu berniaga menu pagi di hadapan rumah, selain memohon pekerjaan sebagai pegawai kemahiran latihan di mana-mana  kolej kemahiran di Terengganu,” katanya


Sementara bagi Penerima Anugerah Cemerlang, Mohammad Aiman Naim Mohd Sabri, 22, pula  kegagalan mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia lima tahun lalu mendorong dirinya untuk berjaya  dalam pelajaran sepanjang menuntut di KKYT.

“Atas kecemerlangan  itu, saya  kini bertugas sebagai Pegawai Latihan Vokasional di Era Skill Collage, Ajil, Hulu Terengganu walaupun hanya memmiliki Sijil  Kemahiran Malaysia KKYT,” katanya     



SHARE

Author: verified_user

0 komen: