Tuesday, 26 December 2017

Pejabat Kesihatan Setiu Menang Anugerah Jabatan Cemerlang

SHARE


Setiausaha Kerajaan Negeri menyampaikan replika kemenangan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Setiu. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim

Pejabat Kesihatan Daerah Setiu (PKDS) memenangi anugerah Jabatan Kerajaan Cemerlang sempena Anugerah Transformasi Daerah Setiu 2017 di Dewan Sungai Tarom, Bandar Permaisuri, malam tadi.

PKDS menerima wang tunai RM2,000 yang disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri,  Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.


Tempat kedua ialah Pejabat Perpaduan Daerah Setiu, manakala tempat ketiga ialah Pejabat Pendidikan Daerah Setiu.


Bagi kategori Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (J3K) Terbaik pula, J3K Guntung Luar muncul pemenang bagi DUN Permaisuri manakala bagi DUN Langkap pula dimenangi Kampung Seri Kenangan.

Sementara itu, bagi J3K Cemerlang dimenangi  J3K Air Sejuk (DUN Permaisuri) dan J3K Chalok Kedai diumumkan pemenang di DUN Langkap.

Pemenang lain bagi Anugerah Cemerlang Transformasi Setiu untuk J3K Aktif memihak kepada J3K Beris Tok Ku manakala J3K Pelong meraih kemenangan untuk DUN Langkap.

Sekolah Menengah (SM) Sains Setiu pula berjaya memenangi anugerah Sekolah Cemerlang, tempat kedua ialah SM Lembah Bidong manakala ketiga SM Kebangsaan Putera Jaya.

KOSPEN Terbaik dimenangi J3K Kampung Guntung Luar untuk DUN Permaisuri manakala DUN Langkap dimenangi J3K Kampung Bukit  Kecil.

COMBI pula dimenangi Kampung Bahagia untuk DUN Permaisuri manakala Kampung Kasar untuk DUN Langkap.


Lebih 300 penjawat awam dan J3K hadir di majlis anugerah yang dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa  Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato' Mohd Jidin Shafee, Ahli Parlimen Daerah Setiu, Datuk Mohd Zulkifly Jusoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman.

Hadir sama, Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang dan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Mat Azmi Arshad serta Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda.

Majlis bermula jam 9 malam itu dihoskan oleh dua pengacara iaitu Yogaseri Yunus dari Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu dan Noraini Sulong (Cik Ain) dari RTM Terengganu.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: