Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

PAU 2017 : UMNO Terengganu Di Landasan Tepat Hadapi PRU14


UMNO negeri kini berada di landasan tepat berdasarkan saranan Presiden Parti supaya seluruh jentera parti berada dalam kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT), Dato' Mohamad Pehemi Yusof berkata, sehingga kini pihaknya bersama kepimpinan  Barisan Nasional Negeri Terengganu merencanakan program-program dan pelbagai usaha sebagai persediaan menjelang PRU14 nanti.

Katanya, walaupun tarikh tepat untuk PRU14 belum diketahui namun jentera parti perlu bersiap sedia dan jangan menunggu tarikh keramat malah sebaik sahaja pulang daripada perhimpunan ini, jentera parti perlu menjalankan tugas masing-masing.

"Program terakhir sebelum PRU14 adalah mengadakan Simulasi  Pilihanraya pada minggu ketiga Januari 2018 yang mana kita akan ambil kira portfolio  baru yang diwujudkan oleh ibu pejabat UMNO Malaysia.

"Dalam simulasi tersebut, kita juga akan adakan latihan kepada jentera-jentera parti untuk menerima pakai arahan baru yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia supaya sebati dengan tugas-tugas mereka,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada Teganukita ketika diminta mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Perhimpunan Agung UMNO 2017, pagi tadi.

Menurut Pehemi sebagai perwakilan, beliau sangat berpuas hati dengan ucapan itu menyentuh secara keseluruhan dalam menyeru dan meminta jentera-jentera parti supaya berada dalam kesiapsiagaan dari sekarang kerana PRU14 akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.

"Pada awal bulan Februari 2018, kita akan adakan 'Himpunan Rakyat Terengganu'  untuk menceritakan kepada rakyat tentang 'Success Story' yang telah dicapai oleh kerajaan negeri dan rakyat Terengganu amnya.

"Ini juga termasuk memberitahu kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan negeri untuk rakyat,"katanya.

No comments: