Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

PAU 2017: Puteri UMNO Tidak Akan Merajuk


Puteri UMNO tidak akan merajuk,tidak akan bergasak dan tidak menutup bilik gerakan sekiranya tidak terpilih menjadi calon pada pilihan raya umum ke 14(PRU 14) nanti,demikian kata Ketua Puteri UMNO, Dato' Wira Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau memberi jaminan kerana sedar bahawa pilihan raya umum ke 14(PRU 14)ini adalah getir, penting dan ibu kepada segala pilihan raya.

"Maka Puteri UMNO  akan terus memasakkan janji dan wala' terhadap pemimpin dan parti UMNO ini bagi memenangkan Barisan Nasional.

" Sebab itu, Puteri tidak mendesak sebarang pemilihan calon. Cuma kami mengharapkan agar pemilihan calon akan turut mengambil kira wanita dan orang muda,"katanya pada ucapan dasar Ketua Puteri UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini.

Menurut Mas Ermieyati ,YAB Presiden mempunyai metodologi sendiri sewaktu memilih calon namun pihak Puteri mengharapkan calon yang dipilih itu nanti mestilah juga menekankan pendekatan WLWC: (Winnable, Likeable, Workable, dan Capable).

" Maksudnya calon yang dipilih mestilah yang boleh menang, disukai pengundi, mampu bekerja dan berkebolehan.

" Bahkan, bagi calon langsung seperti yang disebut oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, adalah kaedah yang terbaik, Puteri UMNO mengharapkan juga konsesus yang sama dapat dicapai oleh semua parti komponen Barisan Nasional.

Katanya, dengan berbekalkan keahlian seramai 390,843 orang dan pemilih Puteri UMNO seramai 331,353 orang setakat suku tahun ke-2, Puteri UMNO akan melangkah lebih agresif selepas ini.

"Nilai-nilai positif ini perlulah dikekalkan. Puteri UMNO bukanlah satu medan untuk tempat kita meminta-minta jawatan, meminta-minta pangkat, meminta-meminta harta benda.


" Jauh sekali untuk mengejar populariti. Jadilah seperti seekor semut yang patuh pada arahan ketua, sentiasa bekerjasama dalam kumpulan dan setia berjuang memastikan sarangnya berdiri kukuh dan utuh dari pelbagai ancaman. Walaupun penghuninya bertukar ganti, sarangnya tetap kekal selamat,"ujarnya.

No comments: