Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

PAU 2017 : Pilihan Tepat Demi Masa Depan



Setiap warga negara perlu membuat pilihan tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukan semata-mata untuk diri sendiri, tetapi demi kepentingan negara dan masa depan generasi akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman berkata, pesanan itu dibawa oleh Presiden Parti, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang inginkan bukan sahaja ahli UMNO tetapi rakyat membuat keputusan terbaik pada PRU nanti, dengan menilai rekod Barisan Nasional (BN) sejak merdeka sehingga hari ini.

"BN telah menunjukkan pencapaian rekod terbaik dan cemerlang dalam pemerintahan negara dan hanya BN yang mampu teruskan agenda bagi memartabat dan manfaat semua bangsa.

"Oleh itu, rakyat perlu membuat pilihan yang betul kerana hanya BN yang mempunyai hala tuju yang terbaik dalam membawa rakyat Malaysia ke hadapan terutama generasi baharu,"katanya.

Bazlan berkata demikian kepada Teganukita ketika diminta mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Perhimpunan Agung UMNO 2017, di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. hari ini.

Selain itu, beliau juga menekankan penyatuan di kalangan ahli UMNO kerana parti ini merupakan tunjang yang kuat kepada pemerintahan negara.

"Sebagaimana pesanan Presiden Parti, bersatulah untuk hadapi Pilihan Raya UmumKe-14 yang merupakan 'Bapa kepada segala pilihan raya'.

"Untuk pastikan Malaysia terus di hadapan, rakyat perlu terus memilih BN untuk kelangsungan pemerintahan yang ada," ujarnya.

No comments: