Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pasangan Kembar Seiras, OKU Seronok Sertai Majlis Khatan Dun Telemong

YB Dato' Rozi Mamat mendukung peserta OKU Mohammad Zakry Aminuddin Zanfori,11 ke bilik berkhatan di Sekolah Kebangsaan Tengkawang.


Perasaan seronok dan teruja malah terasa seperti putera raja apabila didukung oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)Telemong, Dato' Rozi Mamat.

Itulah reaksi Mohammad Zakry Aminuddin Zanfori,11, pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang juga pasangan kembar seiras ketika ditemui pada Majlis Berkhatan Perdana Dun Telemong di Sekolah Kebangsaan Tengkawang, Telemong, hari ini.

Mohammad Zakry Aminuddin yang lumpuh sejak dilahirkan berkata, dia merasa seronok kerana dapat merasai pengalaman berkhatan beramai-ramai, malah merasa teruja menunggu giliran untuk dikhatankan tanpa rasa gementar.

“Semalam mari rasa takut, tapi rasa tu datang sekejap je...lepas tu hilang bila dengan kawan-kawan. Masa Cikgu Rozi dukung saya...rasa bangga sangat, tak dapat nak cerita perasaan masa tu ," katanya ketika ditemui.

Bagi adik kembarnya, Mohammad Zakry Amiruddin yang dilahirkan normal, walaupun sebelum ini di perdengarkan pelbagai cerita ‘gerun’ daripada rakan sebaya yang sudah berkhatan, kehadiran kembarnya membuatkan dia lebih tenang dan memberi semangat.

"Seronok dan teruja sebab rasa macam dah dewasa. Langsung tak takut sebab anak lelaki kena berani...tak boleh nangis nanti orang tengok malu,"katanya.



Ini diakui oleh ibu mereka Rohaya Ismail ,29, yang mengatakan anak kembarnya cukup bersedia dan terlalu teruja menunggu hari berkenaan.

"Saya memang puas hati dengan khidmat doktor di program ini. Lagipun ianya percuma dan meringankan beban saya dan suami bila buat dua orang serentak,"katanya ketika ditemui selepas majlis berkhatan tersebut.

Majlis perasmian program berkhatan melibatkan 100  peserta yang diarak dengan lima buah tandu berhias sebelum di sembur air oleh pihak Bomba Kuala Berang itu disempurnakan oleh Adun Telemong.

Sementara itu, Rozi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri berkata, ia merupakan acara tradisi setiap kali cuti persekolahan khususnya bagi membantu mereka dari keluarga yang kurang berkemampuan.

“Khatan percuma beramai-ramai ini lebih meriah pelbagai ragam dapat dilihat walaupun peserta ada yang masih muda tetapi mereka tetap bersemangat.

“Kita akan teruskan usaha ini sebagai rutin tahunan untuk kanak-kanak di Dun ini, sebagai satu kenangan zaman kecil malah sambutan dari ibu bapa amat menggalakkan,”katanya.

Beliau mengharapkan majlis berkhatan ini akan menjadi perangsang kepada anak- anak agar mereka menjadi insan berguna, berbakti kepada keluarga dan menjadi anak yang soleh pada masa akan datang.

No comments: