Saturday, 30 December 2017

Nelayan, Buruh Di Seberang Takir Terima Sumbangan

SHARE
Ahmad Razif menyampaikan sumbangan berupa barangan dapur. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim

Seramai 866 nelayan,  pengusaha bot penambang dan buruh di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir menerima bantuan wang tunai RM300 serta barangan dapur dengan nilaian RM100 daripada Epic Berhad bagi meringankan beban mereka yang tidak dapat ke laut pada musim tengkujuh berikutan keadaan ombak besar serta angin kencang.

Bantuan keseluruhan  RM346,400 itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman  yang juga Menteri Besar.

Penerima terbabit bersyukur dan juga berterima kasih atas keprihatinan kerajaan negeri terhadap nasib golongan itu yang memperoleh pendapatan tidak menentu.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, To Puan Seri Halina Zakaria

Penerima bantuan Awang Jusoh, 46, dari Kampung Baru Seberang Takir, berkata bantuan itu boleh digunakan untuk membeli peralatan sekolah tiga anaknya yang belajar dan juga barangan dapur

"Saya tidak tahu hendak cakap kerana kita rasa terlalu gembira mendapat bantuan ini. Terima kasih kepada kerajaan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian bantuan itu petang tadi.

Penerima yang juga seorang buruh Alias Ghani, 50, pula berkata bantuan itu amat penting kerana pendapatannya sebagai buruh hanya cukup makan.

Sementara itu, Ahmad Razif berkata kerajaan membelanjakan lebih RM346,000 untuk membantu pengusaha bot penambang, nelayan dan buruh menerusi program tersebut dan ini merupakan tahun kesembilan ia dilaksanakan.

" Saya sedar mengalami kesempitan hidup pada musim tengkujuh kerana sebahagian besar daripada mereka tidak dapat mencari rezeki, " katanya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: