Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Mr AWT Classic Tawar RM60,000

Mr AWT bakal menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM60,000 dalam kejohanan yang berlangsung pada 24 Disember ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Lapan kategori bakal dipertandingkan dalam Kejohanan Mr AWT Classic di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus pada 24 Disember ini.

Pengerusi kejohanan tersebut, Mazlisham Abdullah berkata, kejohanan tersebut merupakan anjuran AWT Seven Group dengan kerjasama Majlis Sukan Negara, Persekutuan Bina Badan Malaysia dan Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Terengganu.

Katanya, kejohanan terbesar di Pantai Timur itu menawarkan hadiah hampir RM60,000 bagi keseluruhan kategori yang dipertandingkan.

"Bagi kategori bina badan, ianya dipecahkan kepada tiga kategori iaitu 'Men Muscle', Bina Badan Atas dan Bawah 75 kilogram (kg) . Manakala bagi kategori badan cantik ianya dipecahkan kepada lima kategori iaitu Badan Cantik Atas dan Bawah 170 sentimeter (cm), Bakat Baru Badan Cantik Atas dan Bawah 170cm dan Badan Cantik Tertutup Terengganu.

"Selain itu, beberapa acara selingan turut diadakan pada tarikh kejohanan tersebut antaranya 'bench press', 'squat' dan 'deadlift'," katanya.


Beliau ditemui pemberita dalam sidang media sempenan kejohanan tersebut di Permai Inn, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Terengganu, Mohd Hamrullah Mohd Nur.

Tambahnya, dijangkakan lebih 300 peserta bakal mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Mazlisham berkata, sehingga hari ini, lebih 100 peserta telah mengesahkan penyertaan mereka melalui laman web yang disediakan.

"Pendaftaran secara manual akan mula dibuka sehari sebelum kejohanan iaitu pada 23 Disember 2017 bermula jam 3 petang sehingga 8 malam di tapak kejohanan," katanya.

No comments: