Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Lebih Banyak Laluan Bertingkat Akan Dibina Di KualaTerengganu

Ahmad Razif memotong riben sebagai simbolik merasmikan laluan bertingkat di Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Kerajaan bercadang membina lebih banyak laluan bertingkat di Kuala Terengganu bagi mengurangkan kesesakan terutama pada waktu puncak.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,  buat masa sekarang, laluan bertingkat di Jambatan Sultan Mahmud sudah siap dibina dan boleh digunakan serta dapat menyelesaikan kesesakan trafik di kawasan itu.

Katanya, walaupun dengan adanya laluan baru seperti Jambatan Pulau Sekati serta ke Pulau Sekati ianya hanya mampu menyelesaikan dalam masa terdekat kerana pertambahan kegunaan kereta di Kuala Terengganu.

"Kerana itu kita sedang membuat persediaan dengan mencadangkan supaya jalan di kawasan Durian Burung, Teluk Pasu dan juga Batu Enam membawa kepada Tepoh dan juga susur ke Lebuh Raya Pantai Timur 2 untuk dibuat ke konsep jalan empat lorong ini.

"Melihat kepada keperluan ini maka kita perlu laksanakannya sekarang kerana kosnya lebih munasabah disebabkan beberapa faktor antaranya dari segi pengambilan tanah yang akan lebih tinggi bergantung kepada masa," katanya.


Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelepasan Trafik Jejambat Di Bukit Tumbuh, Kuala Nerus, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Negeri Terengganu, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir. Rosli Othman dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil dan Pengarah JKR Terengganu, Ir. Che Kamaruddin Bahar.

Tambah Ahmad Razif, kerajaan negeri telah menghantar permohonan kepada Kerajaan Pusat untuk meluluskan projek-projek tersebut.

"Ini kerana saya melihat potensi Kuala Terengganu sendiri sebagai ibu negeri Terengganu untuk lebih berkembang dengan pesat.

"Maka kerana itu, kita perlu menyediakan infra dan juga prasana yang akan boleh memastikan bahawa ianya selaras dengan peningkatan jumlah rakyat di daerah ini," katanya.

No comments: