Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kesejahteraan Negara Perlu Dijaga- Ahmad Razif

Sultan Terengganu berkenan merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat  Terengganu. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail

Kesejahteraan negara sudah tentu tidak akan tercapai sepenuhnya jika aspek kesatuan ummah tidak dapat dijaga dan dipupuk dengan baik.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata oleh itu, untuk memupuk kesatuan ummah maka wajarlah ia dilakukan melalui penghayatan dan penerapan nilai-nilai murni dengan menghindari perasaan permusuhan dan benci-membenci.

Katanya, sebaliknya perlu menanam sikap saling maaf-bermaafan sebagaimana yang diabadikan dalam sirah kehidupan baginda Rasulullah S.A.W.

“Umat Islam di Terengganu khasnya, hendaklah menghidupkan suasana saling kasih mengasihi, hormat–menghormati dan membina persaudaraan dalam suasana yang penuh keampunan, rahmat dan keredhaan Allah S.W.T.

“Sama–samalah kita ingat mengingati, bahawa keamanan dan kesejahteraan Terengganu  dan negara yang kita kecapi selama ini adalah kerana perpaduan dan ikatan persaudaraan, bukan setakat sesama kita umat Islam malah perpaduan dengan kaum lain tanpa mengira bangsa dan agama,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat  Terengganu di Stadium Negeri Kuala Terengganu, hari ini.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan sambutan yang dihadiri kira-kira 2,000 peserta.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda Tengku Fatimatuz Zahra'.

Hadir sama, Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib bersama barisan exco kerajaan negeri lain.

No comments: