Friday, 8 December 2017

Kampung Ladang Dan Telaga Papan Katalis Pembangunan Hab Digital Pantai Timur

SHARE

Kampung Ladang di pusat Bandar Raya Kuala Terengganu dan Telaga Papan di Setiu bakal menjadi katalis pembangunan hab digital di Pantai Timur, tidak lama lagi.

Projek di Kampung Ladang yang menelan belanja RM10 juta dijangka bermula tahun depan, manakala Telaga Papan, Setiu di kawasan seluas 2,000 ekar sedang menunggu kelulusan Kerajaan Pusat sebelum bermula fasa pertama.

Naib Presiden QSR Brands Holdings Berhad, Dato' Faris Yahaya berkata, projek di Setiu mengguna pakai model Cyberjaya dan sebaik projek melibatkan jumlah bilion ringgit itu diluluskan, kerja awal pembangunan di kawasan 200 ekar akan dilaksanakan.

"Projek ini akan menawarkan jualan dan perkhidmatan produk,  pembelajaran dan ruang kerja atau operasi syarikat-syarikat dan usahawan yang terlibat dalam kegiatan ekonomi digital.

"Pembangunan hab berkenaan akan mengguna pakai model Cyberjaya dengan menyediakan ekosistem yang sesuai dalam mewujudkan lokasi pelaburan pilihan untuk syarikat-syarikat teknologi," ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada Teganukita ketika ditemui pada Program Pemantapan Bekas-Bekas Yang Berhormat dan pesara Pegawai Tadbir Negeri (TCS) serta kakitangan Unit Komunikasi Negeri (UKOM) yang diadakan di Regency Hotel Kuala Lumpur, malam tadi.

Turut hadir, Pengarah UKOM Dato' Muda Mamat.

Katanya, fasa pertama pembangunan hab digital bagi Telaga Papan akan melibatkan kawasan seluar 200 hektar terlebih dahulu.

"Ini termasuk ruang pejabat, pusat penyelidikan dan pembangunan, pusat komersial dan sebagainya," ujarnya.

Faris yang sebelum ini Pengarah Urusan Cycberview bertanggungjawab membangunkan Cyberjaya telah berjaya menjadikan bandar berkenaan sebuah hab teknologi global.

Mengulas mengenai manfaat yang bakal diperolehi rakyat negeri ini termasuk peluang pekerjaan hasil pembangunan hab digital tersebut, katanya ia bergantung kepada kemasukan pelaburan dari dalam dan luar negara dan tidak boleh diwujudkan serta merta.

"Diharapkan ianya akan membuka peluang kerja khususnya kepada lulusan universiti apabila ianya beroperasi kelak," ujarnya
SHARE

Author: verified_user

0 komen: