Saturday, 30 December 2017

Isu Baitulmaqdis Dari Sudut Al-Quran, Hadis - Azadi

SHARE
Azadi Rosli
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Dungun menekankan bahawa isu Baitulmaqdis berkait rapat dengan akidah umat Islam seperti yang disebut dalam al-Quran.

Pengerusinya, Azadi Rosli berkata, isu ini melangkaui batasan agama yang biasa kerana melibatkan isu kemanusiaan, berlaku penjajahan dan penindasan serta pembunuhan yang tidak dapat dimaafkan bukan sahaja dari sudut agama Islam malah mana-mana agama dalam dunia ini serta jelas bertentangan fitrah keinsanan dan kemanusiaan itu sendiri.

Jelasnya, walaupun pihaknya sudah bersolidariti dalam hal ini, GPMS Dungun dan pihak masjid memikirkan perlunya satu perkongsian secara ilmiah bagi memberi penerangan kepada masyarakat walaupun kita sudah mengetahuinya namun kesedaran itu lebih penting.

"Sebab itu kita guna tema forum malam ini yang memberi penekanan kepada aqidah dan menerangkan bagaimana nak betulkan semula pemahaman umat Islam tentang ajaran-ajaran terdahulu yang  perlu dibetulkan.

"Dan menjadi konflik peringkat antarabangsa kerana perebutan antara tiga agama.Tapi yang pentingnya kita umat Islam pemahaman diberikan dari sudut keilmuan kita sendiri yang diiktiraf oleh para ulamak...sebab itu huraian tadi lebih bersifat bagaimana isu ini dibicarakan melalui al-Quran dan hadis dalam konteks ilmu akhir zaman,"katanya kepada Teganukita di Majlis Bicara Baitulmaqdis'Aqidah Dan Perjuangan di Masjid Balai Besar, Dungun semalam.



Program tersebut menampilkan Pengerusi Taman Tamadun Islam, Dato' Zubir Embong sebagai ahli panel yang menekankan bahawa umat Islam mesti menentang Yahudi Zionis di atas kebiadaban mereka merampas hak Palestin, bukan saja Baitulmaqdis malah seluruh negara itu.

Tambah Zubir lagi,bila bercakap mengenai isu Baitulmaqdis, sebagai umat Islam, masyarakat wajar kembali kepada kitab (al-Quran) serta Sunah Nabi dan peradaban sejarah supaya generasi hari tahu yang mana benar, siapa yang merampas dan melakukan penjajahan selama ini.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: