Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Hakisan Pantai Di Mengabang Telipot Diberi Perhatian Kerajaan Untuk Diatasi



Menteri Besar meninjau hakisan pantai Mengabang Telipot, Kuala Nerus, petang tadi. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim

Kerajaan negeri memberi perhatian yang penting terhadap kejadian hakisan pantai di sekitar Mengabang Telipot, Kuala Nerus untuk ditangani.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman petang ini membuat tinjauan kerja ke pantai Mengabang Telipot yang mengalami hakisan.


Beliau memberi perhatian khusus untuk memastikan hakisan berkenaan tidak berterusan.

Beliau yang diiringi Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail turut disertai beberapa pegawai kanan kerajaan negeri termasuk dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Menteri Besar meminta agar kerja kerja penyelamatan hakisan diselaraskan bersama oleh JPS dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen).

Beliau yakin usaha mengatasi hakisan itu dapat dilaksanakan sebaiknya dengan penyelarasan tersebut dan kerjasama semua agensi.

No comments: