Wednesday, 27 December 2017

Gunting Rambut Percuma DUN Permaisuri

SHARE

Seramai 500 kanak-kanak dijangka akan menyertai Program Gunting Rambut Percuma Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemaisuri kepada pelajar sekolah bermula kelmarin hingga 31 Disember ini.
Sehingga hari ini sambutan orang ramai terhadap penyertaan program anjuran Pemuda UMNO DUN Pemaisuri itu begitu mengalakkan.
Penyelaras Pemuda UMNO DUN Pemaisuri, Mohd Shukri Mohd Sharif berkata, program yang dibiayai sepenuhnya oleh Pejabat DUN Permaisuri itu adalah program tahunan Pemuda UMNO Setiu.
"Kita berharap lebih ramai pelajar di DUN Pemaisuri mengambil peluang ini.
"Selain itu, sikit sebanyak program ini dapat membantu persiapan dan persediaan pelajar-pelajar untuk menghadapi sesi persekolahan baru yang akan dibuka tidak lama lagi," katanya.

Kedai-kedai gunting terlibat ialah Kedai Gunting Yano, Bandar Permaisuri, Ijam Barber Shop, Saujana, Mirul Barber Shop Merang dan Serul Barber Shop, Air Sejuk, Bandar Permaisuri.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: