Thursday, 14 December 2017

Bicara Bajet Terengganu 2018- Disiar Secara Langsung

SHARE




Satu program bual bicara khas akan diadakan bagi membincangkan tentang Bajet Terengganu 2018 di Dewan Konvensyen Tingkat dua Wisma Darul Iman pada hari Isnin ini jam 9 pagi.

Program dinamakan sebagai ‘Bicara Bajet Terengganu 2018’ julung kali dibuat anjuran Terengganu News dengan kerjasama Unit Komunikasi Negeri (UKOM).

Bicara Bajet akan disiarkan secara langsung oleh portal Terengganu.news dan beberapa saluran media sosial lain.

Peranan moderator akan digalas oleh Muhd Aimin Mohd Tahir dan Ridzuan Hashim manakala ahli panel terdiri daripada usahawan, ahli akademik dan wakil belia dalam tiga segmen yang berlainan. – www.Terengganu.News
SHARE

Author: verified_user

0 komen: