Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Bersedia Hadapi Banjir Gelombang Kedua



Che Adam menunjukan carta pergerakan hujan. Foto Tg Syamim Tg Ismail 

Penduduk di Terengganu diingatkan sentiasa bersiap sedia menghadapi banjir gelombang kedua yang dijangka berlaku tengah malam esok (7 Disember) berikutan proses pertukaran monsun.

Jabatan Meteorologi (MET) menjangkakan proses pertukaran monsun akan selesai sepenuhnya pertengahan bulan ini dan akan berulang perkara sama iaitu gelombang ketiga pada awal Januari.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Leftenan Kolonel (PA), Che Adam A Rahman berkata, pihaknya meminta semua pihak terutama penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran sungai agar sentiasa  berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan fenomema alam itu.

Katanya, amaran berkaitan kedudukan paras sungai di seluruh negeri dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu bagi memastikan penduduk berwaspada dengan situasi semasa dan mengambil langkah sepatutnya.


“Antaranya, Sungai Nerus sudah melepasi paras bahaya, manakala tiga sungai iaitu Sungai Nerus, Kampung Langkap, Setiu dan Sungai Penih, Felda Mengkawan serta Sungai Telemong, Kuala Ping, di  Hulu Terengganu sudah melepasi paras amaran.

“Manakala, Sungai Besut, Keruak, Besut dan Sungai Dungun di Kg Pasir Raja Dungun berada di tahap paras berwaspada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan Banjir di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Che Adam turut memberitahu, Terengganu baru saja selesai berdepan banjir gelombang pertama yang berlaku dalam tempoh sembilan hari dan berakhir semalam (6 Disember).

“Akibat bencana itu, seramai 2,475 mangsa membabitkan 822 keluarga di seluruh negeri terpaksa berpindah ke  74  Pusat Pemindahan Sementara sepanjang banjir baru-baru ini,”katanya.

No comments: