Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Banjir Punca Tambakan Tanah Di Tanah Persendirian


A. Latiff meluangkan masa bersama kanak-kanak yang berada di pusat pemindahan banjir di SK Bukit Gasing, Marang, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Banjir yang berlaku di Marang berpunca daripada fenomena air pasang serta penambakan tanah di tanah persendirian oleh penduduk setempat di kawasan laluan keluar air ke laut serta parit besar.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Transformasi Negeri, A. Latiff Awang berkata, banjir gelombang kedua pada kali ini menyebabkan seramai 527 mangsa ditempatkan di  empat pusat pemindahan iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payung, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Gasing,  SK Marang dan SK Pasir Putih.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang berkata, pihaknya telah mengenal pasti punca banjir di kawasan tersebut yang memerlukan penduduk berpindah segera.

“Air laut pasang membuatkan air sungai-sungai tidak dapat keluar dengan cepat membuatkan ianya bertakung dan bertahan sekali gus mengakibatkan cepat naik mengakibatkan banjir di kawasan pantai.

“Di samping itu kita juga kenal pasti punca air bertakung ini disebabkan oleh sistem perparitan  yang hari ini dilihat makin kritikal. Parit yang kita bina itu telah sempurna, tapi disebabkan oleh penambakan ditanah-tanah persendirian yang juga merupakan laluan air untuk keluar ke parit besar dan ke laut,” katanya.


Beliau ditemui pemberita dalam lawatan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing, Marang, hari ini.

Seramai 270 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan tersebut sehingga tengah hari tadi.

Dalam pada itu, A. Latiff berharap agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat mengenakan syarat tambahan untuk sebarang kerja penambakan tanah bagi pemilik tanah persendirian.

“Pihak PBT boleh buat syarat ketinggian dan sebagainya selain Jabatan Pengairan dan Saliran  (JPS) perlu memain peranan supaya penambakan oleh individu persendirian ini tidak melibatkan simpanan JPS.

“Kadang-kadang mereka ini tambak tanah sehingga ke kawasan JPS dan ini membuatkan air tersekat. Kita harap jabatan-jabatan terlibat membuat pemantauan secara serius sebelum berlakunya banjir,” katanya.

A. Latiff juga berharap agar dapat memupuk kesedaran di kalangan masyarakat itu sendiri supaya mempunyai rasa tanggungjawab agar fenomena sebegini tidak berlaku dan menjaga keaslian ataupun perjalanan air apabila berlakunya banjir.

No comments: