Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Bajet 2018 : Wujud Pasukan Khas Realisasi Bajet 2018



Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail akan mempengerusikan pasukan khas bagi menyelaras dan memantau pelaksanaan semua 60 fokus atau perkara titik sentuhan yang dianggap utama oleh rakyat pada bajet 2018 ini.

Semua perkara penting yang perlu dilaksanakan dengan segera dipandu oleh empat pe-tunjang itu, turut dianggotai pegawai dan juga pakar dalam bidang masing-masing.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri menyenaraikan 60 `touchpoints’ atau perkara titik sentuhan yang menjadi keutamaan dan harus direalisasikan dengan cepat supaya memberi impak kepada golongan sasar berkenaan.

“Bagi memastikan pelaksanaan Bajet 2018 benar-benar sampai dan menyentuh rakyat yang paling memerlukan bantuan, saya ingin mengumumkan penubuhan satu task force (pasukan khas) yang akan menyelaras dan memantau pelaksanaan semua 60 touchpoints tersebut.

“Task force ini akan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, dengan melibatkan para pegawai dan juga pakar-pakar dalam bidang masing-masing. Touchpoints ini harus benar-benar mendatangkan impak kepada kelompok rakyat yang disasarkan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan ucapan bajet Terengganu 2018 di persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-13, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Ahmad Razif berkata, beliau sebelum itu sudah memberikan intipati kepada Bajet Negeri 2018 dan menghuraikan proses penyediaan bajet yang mengambil kira pendapat dan maklum balas orang ramai.

Katanya, pada pembentangan bajet pada kali ini juga banyak memberi fokus kepada perkara yang mungkin dianggap kecil bagi sebilangan daripada rakyat.

Tambahnya, bajet itu turut merangkumi soal nasi dagang, perkahwinan perdana, manfaat untuk penarik beca, pemandu bas, pemandu teksi, PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru), ibu tunggal, golongan OKU (orang kelainan upaya), imam bilal, golongan nelayan, pemandu bot penambang, jurumandi jenazah, qari dan qariah, pengusaha madu, pesakit buah pinggang, warga emas, golongan mahasiswa,  golongan miskin dalam senarai e-kasih dan usahawan kecil.

Menurutnya, bajet itu adalah peruntukan meliputi untuk golongan berkenaan dan beliau tidak bercakap soal yang terlalu tinggi melangit bagi memastikan mereka berpijak di bumi yang nyata.
“Sebaliknya, kita bercakap mengenai perkara asas, memberi lebih fokus kepada apa yang penting buat rakyat.

“Isu menangani peningkatan kos sara hidup, isu peluang pekerjaan dan isu perumahan diberi perhatian oleh kerajaan negeri. Mungkin kecil bagi kita, tetapi saya percaya, besar maknanya kepada rakyat,”katanya.

https://terengganu.news

No comments: