Monday, 11 December 2017

Bajet 2018: Tutup Kilang Percetakan NSTP, Bukan Salah Kerajaan

SHARE

Dato’ Tengku Putera pada Sidang Dewan Undangan Negeri- Foto Tengku Syamim Tengku Ismail


Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang  memaklumkan penutupan kilang percetakan milik syarikat akhbar New Straits Times Press (NSTP) Berhad  di Ajil, Hulu Terengganu tiada kaitan dengan ‘kegagalan’ kerajaan negeri.

Katanya,  pihak berkaitan dan kesatuan syarikat itu ada memaklumkan kilang percetakan ditutup disebabkan kesan daripada kemerosotan jualan akhbar dan hasil iklan.

“Pada masa sama orang ramai kini lebih gemar memilih akhbar melalui media sosial berbanding akhbar bercetak.

“Saya sudah dimaklumkan bahawa semua pekerja di kilang-kilang terbabit diberi pilihan mengikut tatacara kesatuan sekerja. Mereka boleh memilih untuk dipindahkan ke Prai atau Shah Alam, atau memilih untuk diberhentikan,” katanya katanya ketika menjawab soalan Dato’ Sabri Mohd Nor (BN-Langkap)

Katanya dia  percaya penutupan kilang tersebut adalah sebahagian dari langkah-langkah syarikat untuk mengelakkan dari terus menanggung kerugian, berikutan merudumnya jualan akhbar dan iklan.

“Orang ramai tidak perlu bimbang kerana kerana pastinya pihak pengurusan syarikat NSTP sudah arif tentang faktor yang menyebabkan penurunan prestasi produknya itu dan kita tidak boleh lagi menidakkan apa yang benar,” katanya. www.Terengganu.news
SHARE

Author: verified_user

0 komen: