Monday, 11 December 2017

Bajet 2018 : Sukan Ekstrem Bukit Keluang Jadi Acara Tahunan

SHARE

Kerajaan negeri akan menjadikan pelancongan ekstrem seperti hiking para gliding dan mountain bike di Bukit Keluang - Bukit Bubus, di Kota Putera sebagai acara tahunan dalam kalendar pelancongan negeri.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri akan menyediakan kertas kerja dan perancangan itu kepada Kerajaan Pusat bagi melihat potensi dan kekuatan lokasi pelancongan berkenaan untuk ditambah baik pada masa depan.

Katanya, kerajaan juga memberi keutamaan kepada penglibatan peserta antarabangsa bagi memastikan nama Terengganu terkenal di persada dunia sekali gus menaikkan sektor ekonomi negeri.
"Bagaimanapun bajet untuk setiap program dan acara itu kita tidak boleh ditentukan dan akan melihat berasaskan penglibatan peserta keseluruhan dan bagaimana ia memberi impak lebih besar kepada rakyat secara keseluruhan sebagai acara negeri.

" Kita akan memastikan penganjur dan penaja dapat bekerjasama dan menjayakan program pelancongan negeri sehingga mencapai sasaran,"katanya.

Ahmad Razif berkata, peruntukan untuk pelancongan menerusi dua sumber kewangan iaitu negeri dan Pusat menerusi Kementerian Pelancongan. -

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan lisan, Mohd Mahdi Musa (BN-Kota Putera) di persidangan Sidang Dun Negeri Ke-13 (Bajet), di Wisma Darul Iman, hari ini.
– www.Terengganu.news


SHARE

Author: verified_user

0 komen: