Monday, 11 December 2017

Bajet 2018: Pemberian Air Percuma 20 Meter Padu

SHARE



Kerajaan negeri hari ini mengumumkan pengecualian caj bekalan air kepada pengguna domestik di Terengganu, dengan syarat penggunaan maksimum 20 meter padu (mq) sebulan bermula Januari depan.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, dengan insentif bakal membabitkan 100,000 pengguna domestik dan melibatkan peruntukkan sebanyak RM6.3 juta.

“Insentif ini antara lain bertujuan menggalakkan penjimatan penggunaan air bersih terawat dan meningkatkan kapasiti margin simpanan di kolam takungan,” katanya ketika berucap pada pembentangan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri turut bersetuju memperuntukkan RM47.88 juta untuk pembangunan bekalan air dan program pengurangan Non Revenue Water (NRW).

https://terengganu.news
SHARE

Author: verified_user

0 komen: