Monday, 11 December 2017

Bajet 2018: Malaysia Bukan Negara Gagal - MB Razif

SHARE


Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menempelak pihak pembangkang yang mendakwa Malaysia adalah sebuah negara yang gagal dan bangkrap.

Ahmad Razif menyifatkan kenyataan itu sebagai 'pelik' kerana selepas beberapa tahun dakwaan itu dibuat, negara ini bukan sahaja masih berdiri kukuh malah sentiasa mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang menakjubkan.

Sebagai bukti, beliau berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan terbaharu pada 16 November telah mengumumkan pertumbuhan ekonomi Negara untuk suku ketiga 2017 ialah pada kadar 6.2 peratus satu angka yang sangat tinggi, dan antara yang paling tinggi dalam kalangan Negara-negara Asia.

"Selain itu, agensi penarafan kredit Fitch Ratings mengekalkan penarafan Negara kepada A- berdasarkan pertumbuhan KDNK yang lebih kukuh berbanding Negara-negara lain yang mempunyai markah penarafan yang sama," katanya dalam pembentangan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Katanya, bukti-bukti ini menunjukkan pihak kerajaan mampu menguruskan ekonomi dengan naik walaupun landskap politik dan ekonomi berada dalam keadaan yang tidak menentu sekaligus menunjukkan Malaysia bukan sebuah negara gagal dan bakal bangkrap.

"Sebaliknya, yang gagal sebenarnya adalah pihak pembangkang yang sentiasa merendah-rendahkan kejayaan Negara dengan pelbagai tohmahan. Yang gagal ialah niat mereka untuk memburuk-burukkan tanah air sendiri," katanya- www.terengganu.news
SHARE

Author: verified_user

0 komen: