Kejatuhan harga minyak sejak dua tahun lalu yang menjadi
sumber pendapatan utama Terengganu jelas tidak menghalang kerajaan negeri untuk
mengurus tadbir dengan baik dan efisen.
Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,
kerajaan negeri telah kehilangan pendapatan yang sangat besar akibat penurunan
harga minyak namun tetap berusaha menghadapinya tanpa mengurangkan apa-apa
bantuan kepada rakyat.
Katanya, jelas
sekali kejatuhan harga minyak tidak menjejaskan usaha kita untuk berusaha
mengurus ekonomi dan kewangan negeri dengan sebaik mungkin.
“Memang
keadaan sangat mencabar, ekoran
kejatuhan teruk harga minyak di pasaran dunia,
Terengganu turut kehilangan pendapatan sebanyak RM 610 juta iaitu daripada RM2.21 bilion
pada 2015 kepada 1.6 bilion pada 2016.
“Sungguhpun
demikian, keadaan ini tidak sesekali menghalang kita daripada terus bekerja
kuat untuk kesejahteraan rakyat. Malah, kita sudah buktikan kemampuan untuk
mengurus dan mentadbir Negeri ini dengan baik,” katanya persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.
– www.Terengganu.news
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.
– www.Terengganu.news
0 komen: