Tuesday, 12 December 2017

Bajet 2018 : Dewan Jadi Tempat Berbalah - Hilmi

SHARE


YB Hilmi (dua, dari kanan) bersama ADUN yang lain menikmati jamuan tengahari sebaik selesai sesi soalan di persidangan DUN, di Wisma Darul Iman, tengahari tadi. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail


Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, sedikit tercemar apabila YB  Hilmi Harun (PAS -Manir) mengeluarkan dakwaan persidangan sebagai tempat perbalahan.

Bagaimanapun, selepas ditegur Yang Dipertua (YDP) DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong, Hilmi mengeluarkan kenyataan itu berdasarkan peraturan mana, beliau kemudiannya menarik balik perkataan `baloh’ dan menukarkan kepada `berbahas’.

Mohd Iskandar turut meminta YB Manir itu menarik balik kata-katanya bahawa `Dewan sebagai tempat berbalah’. Susulan itu, Hilmi cuba membetulkan semula perkataan `baloh’ sebagai tempat bincang.

Beliau sebelum itu berkata, `tempat ini (DUN) tempat baloh, bukan tempat makan, tempat makan.. baru tenang’.

YB Ariffin Deraman (PAS-Alur Limbat) sebelum itu ditegur YDP supaya menjaga adab dan akhlak yang perlu dipatuhi di dalam Dewan berikutan sudah lima kali bangun, manakala Hilmi pula sudah tiga kali bangun untuk mencelah tanpa kebenaran sehingga mengganggu persidangan menjawab soalan pada sesi pagi tadi.

Sebelum itu, Ghazali Taib (BN-Ajil)  yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri berkata 13 masjid dikesan mendirikan solat Jumaat tanpa kebenaran oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sehingga kini.
Antaranya, Surau Maahad Tahfiz Waltarbiayah, Tok Jiring;  Surau Hijau Kampung (Kg) Padang Lalang Felda Neram 1, Kemaman; Surau Matlail Badrain, Besut; Masjid Lama Tebing Tembah, Paka; Surau Kag Tok saboh, Besut dan lain-lain lagi.
 
Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab soalan Mohd Iskandar Jaafar (BN-Jabi) berhubung berapa jumlah masjid di Terengganu dikesan mendirikan solat Jumaat tanpa kebenaran dan apakah status masjid itu, selain tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa.

Menurut Ghazali,  pada 22 Februari 2015 berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Hal Ehwal Islam Maidam  kali pertama pada 2015, tujuh daripada 13 buah masjid berkenaan diberi kebenaran menunaikan solat Jumaat tertakluk kepada lima syarat.

Syarat berkenaan adalah A- pihak mohon memohon perlu mendapat sekurang-kurangnya  80 tandatangan pemastautin, B- tidak menjejaskan aktiviti berjemaah di majid sedia ada, C- pihak majlis perlu mengadakan pertemuan dengan wakil masjid dan surau mengenai syarat yang perlu dipatuhi dan D,- tidak benar mempamerkan  lambang dan simbol berkaitan parti politik dan E-Maidam boleh mengawal masjid dan surau itu. 

Tujuh masjid/surau berkenaan adalah di Besut, iaitu Surau Kg Pak Sik Keruak, Hulu Besut; Surau Kg Tok Dat,Surau Kg Padang Landak, Surau Kg Lahar, Surau Kg Awek, Hulu Besut; Masjid Lama Kg Jabi dan Surau As Salam Kg Gong Gemuntong Jertih. 

Tambah Ghazali, kerajaan negeri menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan terus memantau dan institusi agama dan rumah ibadat itu tanpa mengira kepartian dan politik demi memastikan kelangsungan kemaslahatan umat Islam di negeri ini.

www.terengganu.news
SHARE

Author: verified_user

0 komen: