Monday, 11 December 2017

Bajet 2018 : Boleh Diikuti Secara Langsung Di Serata Dunia

SHARE

Ucapan Bajet Terengganu 2018 yang disampaikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman disiarkan secara langsung di beberapa platform media sosial untuk membolehkan rakyat Terengganu yang berada di luar Terengganu dan luar negara mengikuti pembentangan tersebut.

Antara saluran yang menyiarkan secara langsung bajet itu ialah Twitter dan Facebook Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, webtv.Terengganu.gov.my dan portal Terengganu.news.

Ahmad Razif dalam ucapan awalnya memberitahu dengan adanya siaran langsung ini ia akan memudahkan semua rakyat mengikuti bajet negeri.

‘Malahan, oleh kerana Ucapan Bajet ini disiarkan secara langsung melalui alam maya, anak-anak Terengganu yang berada nun jauh di perantauan, di Kuala Lumpur, malah di London, di Kaherah, di Medan, semua mendapat maklum akan Bajet Negeri yang Kerajaan bentangkan’, katanya di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Tambahnya kerajaan negeri telah menyediakan kemudahan jalur lebar di semua lokasi utama untuk memberikan rakyat mendengar ucapan bajet ‘Kerajaan Negeri telah menyediakan infrastruktur yang baik, kemudahan jalur lebar yang merata, sehingga ramai rakyat dapat mendengar dan mengikuti ucapan ini dengan terus, dengan telus dan dengan tulus’ tambahnya. – www.Terengganu.news
SHARE

Author: verified_user

0 komen: