Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Bajet 2018 : Bertuahnya Jadi Rakyat Terengganu - Tengku Zaihan

Adun Kuala Besut, YB Tengku Zaihan 

Adun Kuala Besut, YB Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menyifatkan Bajet Terengganu 2018 yang bertunjangkan empat pe-tunjang utama dirangka berasaskan apa yang rakyat hendak dan bukannya semata-mata apa yang kerajaan mahukan, banyak memberikan keuntungan dan kelebihan kepada rakyat.

“Dalam pembentangan bajet kali ini, kita lihat betapa seriusnya kerajaan negeri untuk menangani peningkatan kos sara hidup dalam pelbagai kaedah menerusi 20 `touchpoints’ antaranya projek infra niaga, program jaya diri 2018, Program Membantu Rakyat (PMR), Skim Dana Usahawan (SDU) (RM2 juta) dan Dana Raya melibatkan hampir RM100 juta untuk  264,294 penerima.

“Sebab itu kalau jumpa sahabat kita dari negeri lain, mereka akan kata, `bertuahnya jadi rakyat Terengganu’. Kerajaan cakna dari awal..dari bayi yang baru lahir hinggalah ke akhir hayat,” katanya ketika membahaskan ucapan Bajet 2018, di persidangan Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Menurut Tengku Zaihan, untuk pusat aktiviti warga emas, kerajaan menyediakan peruntukan RM6 juta untuk dimanfaatkan oleh 4,000 warga emas.

Tambahnya, pelbagai bentuk bantuan juga disediakan untuk pembangunan belia atau anak muda di Terengganu.

“Seperti kata pepatah, yang tua dihormati, yang muda disayangi…InsyaAllah keharmonian dan kesentosaan hidup bermasyarakat menjadi realiti. -http: //terengganu.news

No comments: