Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Bajet 2018 : Bajet Dirangka Ikut Kehendak Rakyat

Kerajaan mengambil kira sebanyak 537 cadangan dan isu daripada lapan siri `Jelajah Bengkel Bajet 2018' yang dilaksanakan di seluruh Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, penyediaan Bajet 2018 mengambil kira pandangan daripada akar umbi dan kehendak rakyat.

Katanya, semestinya bajet pada kali ini berbeza kerana ianya dirangka berasaskan apa yang rakyat hendak, dan bukannya semata-mata apa yang kerajaan mahu.

“Kelompok masyarakat yang diwakili oleh orang muda dan pemimpin belia, golongan petani dan nelayan, pemandu bot pelancong dan pengusaha homestay, pemaju restoran dan pemandu teksi, para guru dan kakitangan Kerajaan, ahli akademik dan golongan profesional, imam bilal dan pemimpin NGO melibatkan hampir 800 orang hadir’.

"Ianya benar-benar mendapat sambutan yang luar biasa daripada kalangan peserta dan mereka  sangat partisipatif, sangat bersungguh, sangat bersedia dengan idea dan cadangan. Ingin sekali kita ambil dan laksanakan semua cadangan yang diberi. Namun, hanya cadangan yang bersifat three-feet level, cadangan yang boleh dilaksanakan segera, yang bersifat low hanging fruits atau touch points  dirangkum menjadi satu, itulah cadangan yang dapat dipersembahkan melalui Ucapan Bajet kali ini,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2018 di persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri menyediakan infostruktur yang baik, kemudahan jalur lebar yang meluas untuk  rakyat mendengar dan mengikuti ucapan  bajet ini dengan terus, telus dan  tulus.
Katanya, beliau kagum dan bangga dengan sikap rakyat Terengganu yang sentiasa positif dan sama -sama ingin bangunkan Negeri Terengganu Darul Iman dan melihat rakyatnya lebih maju.

‘Inilah ilustrasi dan bukti pengamalan prinsip inklusif, sebagaimana yang terkandung dalam gagasan Transformasi Terengganu Baharu (TTB)’

‘Kerajaan benar-benar mahu mendengar, dan rakyat sungguh sungguh mahu didengari kerana  Kerajaan dan Rakyat, kita bergerak seiringan dalam membina `Masa Hadapan Yang Lestari’,tambahnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini. – www.Terengganu.news

No comments: