Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Bajet 2018: Agih Bantuan, 'Tidak Pilih Warna'




Kerajaan negeri tidak memilih warna atau fahaman parti dalam menghulurkan sebarang bantuan, terutama berkaitan bencana dan kebakaran.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud, berkata  sehubungan itu, kerajaan sangat menggalakkan rakyat memohon bantuan melalui program-program yang disediakan kerana ia merupakan hak mereka.

Katanya, mana- mana individu mempunyai masalah berkaitan tanaman, Jabatan Pertanian Negeri Terengganu akan tampil membantu, manakala jika berdepan dengan masalah  haiwan ternakan, mereka boleh merujuk kepada Jabatan Vetarinar Negeri Terengganu.

“Berkaitan banjir tahun ini pula,  kerajaan negeri bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)  bersedia daripada pelbagai aspek sejak September lalu temasuk  simulasi banjir, kelengkapan, persediaan anggota dan sebagainya.

“Apa yang dilakasanakan itu membuktikan kerajaan sangat cakna dan tidak pernah menilai warna sama ada biru atau hijau untuk menghulurkan bantuan, “ katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Bazlan Abd Rahman (BN-Batu Rakit) mengenai sejauh mana kesiapsiagaan kerajaan negeri dalam menghadapi banjir dan bencana di persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada hari ketiga, hari ini.

No comments: