Tuesday, 12 December 2017

Bajet 2018 : Adun Batu Burok `Bermimpi'

SHARE
Syed Azman (kanan) bersama Dato' Seri Ahmad Said ketika persidangan DUN di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail 

Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi seakan sedang bermimpi apabila membangkitkan beberapa isu lapuk termasuk bertindak membandingkan golongan petani dan nelayan yang perlu membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan kadar yang sama sebagaimana ahli korporat yang kaya-raya.

Syed Azman ketika membahaskan Bajet 2018 di Sidang Dewan, pada hari ini menyifatkan GST sebagai regrasif kepada rakyat dan juga golongan miskin meminta supaya kerajaan menilai dan menghapuskan cukai itu, kemudiannya ditempelak oleh Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN-Air Putih) berikutan kenyataan perbandingan Syed Azman itu tidak berasas sama sekali.

Dato' Tengku Putera Tengku Awang (BN-Kuala Berang) yang teruja dengan perumpaan Syed Azman membidas mengenai perbandingan antara orang di hujung pantai dan ahli korporat, tidak relevan kerana golongan hujung pantai (nelayan) akan mendapat pulangan menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia dan juga pelbagai bantuan oleh kerajaan kepada golongan kurang berkemampuan.

Isu e-book sudah selesai

Syed Azman turut menimbulkan semula mengenai isu projek e-Book, dengan mendakwa projek yang dihentikan tahun lepas merekodkan ratusan lebihan komputer riba yang  tidak terpakai masih berada di Syarikat Top IT (Industries), di Gong Badak.



“Ini dinyatakan di muka surat 60 Laporan Ketua Audit Negara 2016, Semakan Audit mendapati lebihan stok e-Book 700 unit pada kos RM663,600 tidak diagih sebelum perberhentian e-Book kepada pelajar masih tersimpan di stor TIISB,”katanya.

Bagaimanapun, ketika A. Latiff Awang (BN-Pengkalan Berangan) mahu menjelaskan jawapan yang tepat dan pernah diberikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri pada persidangan sebelum ini, Tengku Putera bangun memberitahu bahawa setiap kali penggulungan untuk merumus isu itu, Syed Azman sering `hilang’ dan pastinya tidak akan  mendapat maklumat tepat berkenaan.

“Bila kita jawab (isu dibangkit pembangkang) Batu Buruk tiada, saya gerenti, petang ini saya gerenti (beliau) tiada,” kata Tengku Putera sambil dijawab balas oleh Syed Azman, `InsyaAllah..saya ada’.

Isu telaga minyak Bertam

Syed Azman kemudiannya turut mengulangi bahawa tidak wujud perjanjian secara perundangan antara Petronas dengan Kerajaan Persekutuan, malah beliau juga memberitahu turut menulis surat kepada Pengerusi Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, pada 9 Ogos 2017 lalu memohon penjelasan status perundangan mengenai dua perkara berhubung isu minyak berkenaan.

Pertama, mengenai status secara perundangan perjanjian minyak antara Terengganu dengan Kerajaan Persekutuan dan yang kedua, sama ada status kawasan medan minyak di Blok PM307 Bertam berada di kawasan perairan Terengganu ataupun Pahang.

Tengku Putera kemudian mencelah mengenai isu minyak berkenaan, bahawa kenyataan Syed Azman mengatakan tiada perjanjian itu tidak benar kerana hakikat sebenar perjanjian masih berjalan tetapi ianya tertakluk kepada syarat dan keadaan tertentu.

“Tidak menyatakan perjanjian antara Kerajaan Terengganu dengan Persekutuan terbatal. Ini jelas dan kita masih bawah Prinsip Persekutuan. Fakta itu terlalu jauh dan tidak betul di Dewan Yang Mulia”, kata Tengku Putera.

Syed Azman berkata, beliau merujuk laporan Bernama, pada September 2014, Petronas dan Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Bagi Penentuan Tuntutan Bayaran Tunai Daripada Hasil Petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia bawah Kementerian Kewangan yang diberi mandat menimbang bahawa tiada petroleum didapati atau diperoleh di dalam negeri Pantai Timur, iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Speaker DUN meminta Bentara Dewan supaya mengambil petikan (Bernama) itu, untuk membacanya secara terperinci berdasarkan apa yang didakwa oleh ADUN Batu Buruk itu.
Bagaimanapun, Syed Azman tetap mempertahankan pendiriannya untuk terus merujuk kepada kenyataan menerusi `media’. Bagaimanapun, Speaker DUN merujuk kepada Peraturan 26 (Dewan) supaya tidak merujuk kepada kenyataan surat khabar, orang persendirian atau badan kewangan sebagai fakta dan bukti kepada isu yang diperbahaskan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman (BN-Seberang Takir) kemudiannya menjelaskan bahawa hasil 85 peratus yang diterima kerajaan negeri daripada Kerajaan Persekutuan adalah daripada petroleum dan tiada isu kerajaan negeri tidak menerima hasil petroleum.
“Soal Bertam adalah dalam proses perundingan  dan kita sedang menunggu keputusan daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) untuk menentukan bahawa sempadan kawasan Bertam ini adalah milik Terengganu atau Pahang.

“Jupem menyatakan bahawa urusan ini akan selesai pada pertengahan atau akhir bulan Januari ini. Maka kerajaan negeri keputsan daripada Jupem. Perkara ini telah pun dijelaskan pada Sidang Dun sebelum ini,” jelas Ahmad Razif.

Ringgit Malaysia terus mengukuh

Syed Azwan dalam kenyataan terdahulu turut menyentuh isu kejatuhan nilai ringgit Malaysia tanpa mendapat fakta yang sahih dan cuba mengumpan pemerhati di sidang Dun dengan isu -isu nasional.
Untuk rekod, ketika persidangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 berakhir 9 Disember lalu, agensi penarafan Moody’s Investors Service mengesahkan penarafan ke atas penerbit mata wang tempatan dan asing serta bon tidak bercagar pada rating AAA, dengan prospek yang stabil.
Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 8 Disember lalu menyatakan,  `Moody’s mengesahkan penarafan Malaysia sebagai stabil di bawah kategori A3, membuktikan bahawa ekonomi Malaysia berada di landasan yang betul.

Kedudukan ringgit juga menjadi lebih baik selepas PAU2017 dan ringgit dijangka terus mencatatkan aliran mengukuh ke paras bawah RM4 berbanding dolar Amerika. Malah ianya disahkan oleh penganalisis pasaran, bukannya pakar ekonomi di media soasial seperti facebook.

Itu yang dijangka oleh pakar menjelang Januari 2018, manakala mereka juga turut meramalkan nilai ringgit menuju RM4 berbanding dolar selepas  PAU 2017.

Menurut penganalisis, antara penyebab nilai ringgit semakin positif adalah kerana pertumbuhan ekonomi yang kukuh hasil usaha keras Dato’ Sri Mohd Najib.

TA Securities Holdings Bhd pula turut mengakui perkara sama. Ia berkata, unjuran ringgit bagi 2018 adalah pada paras RM4.10 berbanding dolar AS daripada RM4.15 sebelum ini.

Kenaikan nilai ringgit  juga berlaku kerana pengukuhan harga minyak mentah dunia dan jangkaan keputusan Pilihan Raya Umum Ke- 14 yang dijangka memihak kepada Barisan Nasional (BN) , seterusnya menjadikan kedudukan pusat pentadbiran negara, Putrajaya adalah stabil dan kekal kepada BN.
The Economist Intelligence Unit pula dalam kajian terbarunya merumuskan BN di bawah kepimpinan Dato’ Seri Mohd Najib akan terus menguasai Putrajaya.

Terbaru, Nada Choueiri yang mengetuai pasukan International Monetary Fund, IMF dan berada di Kuala Lumpur pada 28 November hingga 8 Disember lalu juga memberikan pujian terhadap keadaan ekonomi Malaysia. IMF meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar 5.5 peratus hingga 6 peratus pada 2017.

Rating Moody’s yang semakin naik, ramalan dari The Economist Intelligence Unit, pujian daripada IMF dan jangkaan kedudukan ringgit yang semakin kukuh ini adalah bukti dan fakta jelas bagaimana kedudukan sebenar ekonomi di negara ini.

Selain itu, mengenai GST, pembangkang marahkan kerajaan yang mengambil 6 peratus dari harga barang dan perkhidmatan untuk menampung kos pembinaan, penyediaan dan penyelengaraan infrastruktur, kesihatan, pendidikan sekolah dan keselamatan.

Realitinya, tiada siapa memaki hamun peniaga dan pengeluar yang mengambil keuntungan antara 30-50 peratus atas keuntungan barangan yang dijual. Malah, tiada siapa memaki hamun Samsung dan Apple yang menjual telefon bimbit berharga RM 4-5 ribu seunit walau kos pembuatan seunit sekitar RM 1,500 sahaja.

(Apple spends $236 to make each iPhone 6s Plus device, which it sells for over three times that value at $749—a 217.4% percent markup. SOURCE: CNBC)

Pada masa yang sama, tiada pula yang memaki hamun artis yang mengenakan harga tiket konsert RM888 untuk seorang. Semua golongan ini untung besar, malah jauh sekali memberi faedah besar kepada masyarakat bawahan, tetapi kelompok itu tetap diagung-agungkan.

Sebaliknya kerajaan yang membuat pelbagai bantuan untuk rakyat dicaci dan dicerca kerana mengutip GST enam peratus. - http://terengganu.news
SHARE

Author: verified_user

0 komen: