Monday, 11 December 2017

Bajet 2018: 14 Rekod Kejayaan Anak Terengganu

SHARE



Kerajaan negeri menyenaraikan  14 cerita kejayaan (success stories) yang melambangkan kehebatan dan semangat juang anak-anak Terengganu di peringkat nasional dan antarabangsa.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, berkata antara kejayaan itu, termasuk  Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu berjaya mengungguli Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan dengan penarafan lima bintang; Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu memenangi pingat emas sebanyak lima kali berturut-turut dalam International Convention On Quality Control Circles di Manila, Filipina.

Katanya, kejayaan lain, Pejabat Kesihatan Kemaman menjadi Johan Projek Inovasi dengan produk ResQ Med Trolley sempena Konvensyen Inovasi dan Kreativiti Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia 2017. 

Seterusnya,  J3K Kampung Baru Kemasik menjadi Johan Anugerah Desa Perdana Peringkat Kebangsaan 2017,” katanya.

Menurutnya, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Telemong menjadi johan bagi Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2017.

“Perkara lain, Guru dari Sekolah Menengah IMTIAZ, Kuala Terengganu, Saripah Embong, menerima Anugerah Guru Hebat Asia Tenggara dari Princess Maha Chakri Award Foundation 2017.

“Manakala, Terengganu International Endurance Park diiktiraf antara Lima Gelanggang Kuda Lasak Terbaik Dunia; Azizulhasni Awang, anak kelahiran Dungun, Juara Dunia di Kejohanan Berbasikal Dunia 2017, katanya.

Katanya, perkahwinan Perdana TTB 2017, dicatat dalam Malaysia Book Of Records sebagai Majlis Perkahwinan Terbesar pernah diadakan dengan menghimpunkan seramai 271 pasangan.

Sekolah Menengah Imtiaz, Besut, Juara Dunia buat kali ke-2 sempena World Invention Creativity Contest untuk tahun 2015 dan 2017.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, sekolah aliran Agama pertama terima pengiktirafan International Baccalaureate World School 2017,” katanya.

Ahmad Razif turut memberitahu, Fatehah Mustapa, anak kelahiran Kuala Berang, berjaya mendapat empat (4) Pingat Emas dalam empat (4) acara berbasikal di Sukan Sea, Kuala Lumpur 2017.

Terengganu pengeluar benih ikan marin utama Negara, hasil kerjasama Kerajaan Negeri, Jabatan Perikanan dan Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Tanjung Demong, Besut. Tahniah kepada Tuan Fakaruddin Tuan Kadir, penternak ikan kerapu hibrid, yang dahulunya nelayan, kini bergelar usahawan.

“Terengganu Hockey Team (THT) Juara Hoki Piala TNB empat (4) tahun berturut-turut sejak tahun 2014,” katanya.

Ahmad Razif memberitahu, 14 kejayaan itu hanyalah sebahagian kecil daripada ratusan cerita-cerita kejayaan yang telah dirakamkan oleh rakyat Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.
- www.terengganu.news
SHARE

Author: verified_user

0 komen: