Monday, 11 December 2017

Bajet 2018: 14 Kejayaan Bukti Malaysia Tidak Gagal

SHARE

Malaysia mencatat pelbagai cerita kejayaan dalam bidang ekonomi sepanjang tahun 2017. Kejayaan-kejayaan ini menjadi bukti bagi menunjukkan bahawa Malaysia berada di landasan yang betul bukan sebagaimana tohmahan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Berikut 14 cerita kejayaan Malaysia dalam bidang ekonomi:

  1. Bank Negara Malaysia dalam kenyataan terbaharu pada 16 November telah mengumumkan pertumbuhan ekonomi Negara untuk suku ketiga 2017 ialah pada kadar 6.2%, satu angka yang sangat tinggi, dan antara yang paling tinggi dalam kalangan Negara-negara Asia;
  2. Agensi penarafan kredit Fitch Ratings mengekalkan penarafan Negara kepada A- (A minus) berdasarkan pertumbuhan KDNK yang lebih kukuh berbanding Negara-negara lain yang mempunyai markah penarafan yang sama;
  3. Forum Ekonomi Dunia (WEF) telah meletakkan Malaysia di tangga ke-23 daripada 138 buah negara dalam Laporan Daya Saing Global (GCR) terbaharu bagi tahun 2017/2018. Kedudukan Malaysia bukan sahaja melonjak dua anak tangga daripada tahun lepas, malah Negara kita kekal berada dalam kalangan 20% negara paling berdaya saing di dunia;
  4. Malaysia berada dalam kelompok 50 terbaik dunia, yakni negara paling makmur, daripada 149 Negara lain berdasarkan Legatum Prosperity Index 2017 . Dalam kalangan Negara Asia Timur, Malaysia di tempat kelima selepas Singapura, Jepun, Hong Kong dan Korea Selatan;
  5. Mengikut kajian Annual Global Retirement Index, Malaysia adalah antara 10 negara terbaik di dunia untuk menetap selepas bersara. Kuala Lumpur berada di tangga ke-6 dan satu-satunya Negara Asia yang tersenarai;
  6. Menurut Global Peace Index 2017, Malaysia adalah Negara paling aman yang ke-29 dunia daripada 163 buah Negara;
  7. Lima (5) Universiti Malaysia berada di senarai TOP 50 Asia. Dan baru-baru ini, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya telah dinobatkan sebagai antara 10 terbaik di dunia;
  8. Lapan (8) Politeknik Malaysia berada di senarai TOP 10 Politeknik di rantau Asia Pasifik;
  9. Bank Dunia dalam laporannya “Doing Business Report 2017”, meletakkan Malaysia di tangga ke-23 dunia sebagai Negara paling mesra perniagaan daripada 190 negara;
  10. Malaysia adalah Negara ke-15 daripada 137 buah negara di dunia dalam senarai kerajaan yang paling cekap berbelanja, menurut Laporan Daya Saing Global (GCR) 2017-2018 oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF);
  11. 2.26 juta peluang pekerjaan telah dicipta daripada tahun 2009 sehingga tahun 2016;
  12. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, jualan kenderaan di Malaysia telah meningkat 24.7% daripada Mei 2016 sehingga Mei 2017;
  13. Menurut Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam laporannya pada tahun 2017, Malaysia adalah pemimpin dunia dan penentu aras dalam bidang Kewangan Islam;
  14. Mengikut Kajian Sikap Pembayaran Pengguna Visa yang diterbitkan pada 29 September 2017, 76% rakyat Malaysia membeli belah secara online sekali sebulan. Ini menunjukkan kuasa beli dan kemampuan rakyat Malaysia untuk berbelanja adalah positif dan infrastruktur seperti kemudahan jalur lebar dan jaringan internet di negara kita sangat baik.  https://terengganu.news
SHARE

Author: verified_user

0 komen: